Alhamdulillah baru ni berkesempatan jalan-jalan cari makan di Kuala Besut dimana aku sempat singgah bersarapan pagi di Warung Nasi Dagang Hujung Minggu Besut atau ada yang memanggilnya Nasi Dagang Hari Minggu.
Entah mana satu nama yang betul, wallahualam! Apa yang penting aku dah sampai destinasi nasi dagang viral di Kuala Besut ni.
Lokasinya betul-betul terletak sebelum jambatan sempit Kuala Besut kalau korang daripada Bandar Besut. Kalau dah lajak ke depan, memang jawabnya ko terus ajelah naik jambatan dan buat U-turn kat seberang sana.
Jadi bila sampai sahaja di Warung Nasi Dagang Hujung Minggu ni, makin tak sabar pulak aku nak tahu breakfast apa kat sini bila tengok bangunan kedai kayu lama yang penuh dengan pelanggan. Mesti best ni!
Selepas scan My Sejahtera, aku terus booking tempat duduk dan kemudian beratur untuk ambil hidangan. Mereka hanya datang serve air minuman sahaja. Untuk makanan kena beratur, bagus juga nampak banyak pilihan yang ada.
Nasi Dagang dan Nasi Kerabu disini dihidangkan menggunakan pinggan kaca. Memang unik. Ikan nasi dagang punyalah besar, tak pernah lagi aku jumpa nasi dagang dengan ikan besar macam tu. Dihidangkan bersama telur gulai, sambal dan timun. Ada sambal ye! Tengok aje dah awesome! Rasanya lagi lagi lah berganda osem nya! Lepas ni boleh lah singgah lagi kesini. Tidaklah jauh sangat dengan lokasi hotel.
Nasi kerabu aku tak sempat try, kebetulan aku sibuk phone call masa tu. Lama sangat, sampai diorg dah habis makan baru aku boleh makan. Spoil betul! Tapi diorg makan habis licin, semua cakap sedap. Kira sedaplah weh! Ada juga aneka kuih muih lain kalau berminat.
Buka jam 7 pagi setiap hari, sampai tengahari. So selamat mencuba ya!
Leave a Reply