Sebelum kitorang gerak pulang daripada Besut haritu sempatlah kiranya kami mencari port makan tengahari di sekitar besut.
Sesungguhnya sepanjang perjalanan kami mencari tempat makan tu, ada banyak gerai makan nasi kukus. MasyaAllah. Bukan mudah ya sahabat-sahabat. Kalau tak pikir panjang memang singgah aje mana-mana.
Tetapi ada satu kedai ni menarik perhatian, nampak macam agak ramai, tapi boleh menyelit lagi untuk kami sekeluarga. Jadi kami pun singgahlah di gerai Nasi Kukus Alom ni.
Apa yang best di gerai Nasi Kukus Alom ni? Ada ayam dan ikan keli goreng berempah! Udang galah dan ketam berempah pun ado! Memang sedap bang! Tengah lapar memang rasa tak cukup sebungkus. Sabo jelah.
Kalau korang peminat nasi kukus, boleh try Nasi Kukus Alom ni, sebagai peminat nasi kukus aku boleh rekemen gerai dia ni. Tempat pun selesa, tepi jalan. Servis pun laju. InsyaAllah.
Selamat menjamu selera!
Leave a Reply