Apakah kriteria yang perlu dilihat ketika memilih web hosting? Adakah cukup sekadar melihat spesifikasi pakej web hosting yang ditawarkan? Atau ada perkara-perkara lain yang perlu diambil kira? Jadi berikut adalah beberapa tips tambahan yang mungkin PERLU diambil kira sebelum melanggan.
- Sistem Sokongan
- Sistem sokongan adalah sistem atau kaedah yang digunakan oleh Penyedia Web Hosting bagi menguruskan sebarang pertanyaan, laporan masalah, aduan, cadangan daripada pelanggan, atau apa-apa jua aktiviti sokongan lain. Kita perlu mengetahui bagaimana untuk berkomunikasi dengan pihak penyedia web hosting jika berlaku masalah atau bantuan berkaitan web hosting yang kita gunakan. Ini kerana setiap penyedia perkhidmatan web hosting menggunakan kaedah sokongan yang berbeza.
- Antara kaedah atau sistem yang biasa digunakan
- Sistem Chat
- Sistem Email
- Sistem Tiket
- Telefon
- Kualiti Perkhidmatan
- Bagaimana nak tahu kualiti perkhidmatan web hosting jika kita belum menggunakannya lagi? Jadi disini mungkin kita perlu melakukan sedikit kajian terlebih dahulu bagi mengetahui latarbelakang dan kualiti perkhidmatan Penyedia Web Hosting. Kita mungkin boleh mencari ulasan melalui engine carian atau bertanya dalam forum atau group Facebook seperti Facebook Group Kedai Kopi WordPress berkaitan Penyedia Perkhidmatan Web Hosting yang digunakan pengguna yang lain.
- Berikut antara perkara yang perlu kita kaji
- Tempoh Uptime, Downtime (Kadar Kekerapan Website Down) – Iaitu kekerapan pelayan tidak dapat diakses walaupun sesetengahnya menjanjikan 99% Uptime, hakikatnya setiap hari pada waktu tertentu pelayan tidak dapat diakses!
- Kualiti keselamatan
- Kualiti sistem sokongan – Semak apakah kepantasan respon sistem sokongan Penyedia Perkhidmatan Web Hosting. Jikalau terlalu lambat, kita juga bermasalah nanti!
- Pemilihan Pakej Web Hosting
- Sila buat penilaian terlebih dahulu spesifikasi pakej webhosting yang ditawarkan sebelum kita melanggan pakej berkenaan.
- buat Anggaran Penggunaan Sumber seperti STORAN, MEMORY dan BANDWIDTH yang mungkin akan digunakan oleh applikasi yang bakal digunakan. Website yang banyak melibatkan foto dan video memerlukan sumber yang besar.
- Semak dan buat perbandingan Spesifikasi Web Hosting terlebih dahulu untuk mendapatkan penjimatan yang lebih.
- Perhatikan jika terdapat sebarang tawaran PROMOSI dari masa ke semasa. Biasanya terdapat promosi dikalangan Penyedia Web Hosting disebabkan pasaran yang amat kompetatif. Ada yang menawarkan pakej menarik dengan harga murah, ada yang menawarkan add domain yang banyak, ada yang menawarkan Free SSL dan sebagainya. Tetapi berhati-hati juga pada kontrak tawaran seperti harga yang terlalu murah atau percuma semasa pendaftaran tetapi meroket pada pembaharuan berikutnya.
- Pendaftaran Domain Sendiri – Untuk keselamatan pastikan mendaftarkan nama domain anda menggunakan akaun anda. Elakkan menggunakan nama orang lain seperti Webmaster. Jika ada bajet lebih, pastikan anda melanggan untuk 2,3 tahun.
- Sila buat penilaian terlebih dahulu spesifikasi pakej webhosting yang ditawarkan sebelum kita melanggan pakej berkenaan.
[…] mendapatkan pakej dengan harga yang lebih kompetatif terlebih dahulu. Jangan lupa untuk membaca tips memilih web hosting terlebih […]