Antara perkara paling penting dalam membangunkan laman web adalah pemilihan nama domain. Apakah nama domain website? Nama domain adalah seperti nama rasmi kita dalam kad pengenalan. Ia merupakan identiti atau jenama yang akan kita bawa kemana-mana. Malah sebenarnya nama domain lah yang bawa kita kemana-mana. Website beroperasi 24/7/365 dan tiada sempadan. Ia boleh dicapai dari seluruh pelusuk dunia selagi andanya Internet. Sebab itu adalah penting kita merancang dengan teliti apakah nama domain yang akan kita daftarkan untuk bisnes, servis atau porfolio kita. Ia akan kita masukkan dalam kad perniagaan, flyers, brochures dan pelbagai lagi media promosi bagi meningkatkan reputasi seterusnya jualan.
Bagaimanapun perlu ingin saya tekankan, pemilihan nama domain semata-mata terbukti tidak menjadikan website kita SEO optimize. Banyak faktor lain yang perlu diberi perhatian bagi meningkatkan index capaian enjin carian. Ia suatu topik yang berbeza yang akan dibincangkan pada masa akan datang. InsyaAllah.
Berikut adalah beberapa tips memilih nama domain website yang mungkin boleh membantu kita membuat pilihan
- Mudah untuk diingati
- Nama domain yang mudah diingati lebih mudah untuk dikongsi.
- Contohnya KadLawo.com dan Bateriku.com mudah kita ingat dan nak sampaikan kepada orang lain.
- Mudah disebut dan dieja
- Sebaiknya nama domain yang mudah disebut dengan ejaan yang jelas.
- KakiGodek.my, SifuHartanah.com, DronesKaki.com, Fotokem, PomenApp.my, RunCloud.io
- Nama Pendek atau Tidak Terlalu Panjang
- Nama domain yang pendek mudah diingati. Cth www.lelong.com.my
- Sebaiknya tidak melebihi 2 patah perkataan. Cth EjenTakaful.com
- Nama domain terlalu panjang sukar diingati dan ia juga sukar dieja dengan betul. Cth EjenTakafulABC.com
- Branding
- Pilihlah nama domain yang mempunyai ciri penjenamaan perniagaan atau produk kita. Ini memberi kelebihan dalam pemasaran di media pengiklanan.
- Kebiasaannya usahawan menggunakan nama syarikat sebagai nama domain kerana ia memudahkan proses penjenamaan nama perniagaan. Namun ia bergantung kepada kesesuaian perniagaan, produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
- Nama seperti KadLawo.com (Bisnes Kad Jemputan), TakafulMan.com (Ejen Takaful), RoketMel.com(Pemasaran Emel) antara nama domain yang menarik sesuai untuk dijadikan branding.
- Nama Unik
- Nama domain juga sebaiknya adalah unik, elakkan daripada menyerupai jenama sedia ada.
- Sebagai contoh, bayangkan jika bisnes tudung kita menggunakan domain Nikee.com yang ejaannya seakan sama dengan nama domain jenama internasional Nike.com, ini boleh mengundang kesilapan typo yang menyebabkan pelanggan kita tersilap menaip Nike.com. Silap gaya memang tak sampai ke website kita! Sudah pasti ia adalah satu kerugian besar.
- Elakkan Trademark
- Sila semak terlebih dahulu nama domain yang telah dipilih. Buat carian di Search Engine, atau WHOIS bagi membuat semakan.
- Ini bagi mengelakkan kita menggunakan nama yang telah didaftarkan trademark oleh pengguna lain. Tindakan undang-undang juga boleh diambil pihak berkenaan kepada kita sekiranya kita didapati melanggar akta hakcipta.
- Nama Jujur
- Sebaiknya gunakan nama yang “Straight To The Point“. Elakkan menggunakan nama domain yang boleh disalah tafsir, atau membawa maksud yang tidak baik.
- Sebagai contoh kita adalah pengeluar produk jamu kesihatan, maka jika kita menggunakan nama seperti “UbatKuat.com” boleh memberi pelbagai tanggapan yang pastinya mendatangkan masalah kemudian hari.
- Selain itu kebanyakan media sosial seperti facebook dan instagram ada fungsi keyword filter yang menghalang sebarang iklan yang menggunakan kata kunci yang tidak baik. Jadi pemilihan perkataan yang digunakan perlu diperhalusi sebaiknya.
- Nama tidak terlalu spesifik
- Jika kita ada plan jangka panjang, elakkan menggunakan nama domain yang terlalu spesifik. Nama domain yang terlalu spesifik akan melimitkan skop perkhidmatan atau produk kita pada masa akan datang.
- Sebagai contoh jika kita merupakan usahawan hartanah di Pahang, nama HartanahPahang.com mungkin memberi kelebihan kepada kita jika kita fokus kepada hartanah di negeri Pahang sahaja, tetapi ia secara tidak langsung melimitkan skop pasaran bisnes kita kepada kawasan Pahang sahaja. Gunakan nama seperti HeroHartanah.com yang lebih menarik, lebih umum tidak terbatas.
- Namun ada sesetengah keadaan nama domain yang spesifik juga baik dan berguna, biasanya untuk target marketing, atau trending produk yang sedang laris dipasaran.
- SEO Friendly
- Gunakan nama domain yang mesra SEO, iaitu nama yang mempunyai kata kunci (Keyword) yang baik.
- Contohnya KerjaKayu.my, PakarWebsite.com, BobBarber.com,
- Kata kunci yang melambangkan matlamat website
- Sekiranya website kita berkaitan servis jurufoto, gunakan keyword photo, image, media dan apa-apa kata kunci yang berkaitan servis jurufoto.
- Contoh nama domain dengan kata kunci yang baik BeritaHarian.com.my, JomHosting.net, dan Myflowerflorist.com.
- Elakkan “-” dan Nombor.
- Elakkan nama domain yang mengandungi “-” dan nombor seperti Maybank2u.com.my dan Takaful-insurance.com.my.
- Elakkan huruf berturutan
- Contohnya nama seperti Runnerroadtax.com, dimana “r” berturutan yang sukar dibaca.
- Pilih extension yang sesuai. (.com)
- Sehingga kini .com adalah extension yang paling popular. Namun tiada masalah untuk kita menggunakan extension lain.
- Kalau mensasarkan dalam negara, maka boleh gunakan .my atau .com.my, sebaliknya jika kita mensasarkan global mungkil .com lebih sesuai.
- Siapa cepat dia dapat.
- Daftarlah sekarang! Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan nama domain yang sesuai untuk bisnes kita!
- Lain-lain yang berkaitan Nama Domain
- Semak perkataan
- Sila semak ejaan. Jika kita mensasarkan nama domain berbahasa melayu, maka pastikan ejaan bahasa melayu yang betul. Sekiranya bahasa inggeris, maka ejaan bahasa inggeris yang betul.
- Semak history domain
- Kita boleh juga membuat semakan sejarah domain di Wayback Machine untuk menyemak latar belakang atau sejarang penggunaan domain.
- Daftar domain atas nama sendiri
- Untuk keselamatan, sebaiknya daftar nama domain atas nama kita sendiri. Sekiranya kita mengupah webmaster, kita boleh maklumkan kepada beliau, kita mahu nama domain didaftarkan pada nama kita.
- ID Protection?
- ID Protection adalah satu servis berbayar yang ditawarkan semasa kita ingin mendaftarkan nama domain. Servis ini bertujuan untuk melindungi maklumat kita sebagai empunya domain dipaparkan pada engin carian WHOIS.
- Ia adalah opsyen, maka sekiranya kita tidak mahu maklumat kita seperti nama dan email kita dikongsi, maka subscribe sahaja servis ini.
- Perlu auto renew?
- Auto Renew adalah opsyen yang memudahkan kita renew domain secara automatik bagi mengelakkan kita terlupa. Kita boleh set auto renew supaya ia akan auto renew setiap kali sampai masanya. Ia adalah percuma.
- Register Intelectual Property?
- Mungkin kita juga berminat mendaftarkan nama domain kita dengan MyIPO untuk menjadikan nama domain sebagai trademark bisnes kita.
- Semak perkataan
Kesimpulannya, pilihlah nama yang mudah disebut, sedap didengar dan mempunyai makna yang baik. Semoga nama domain yang terpilih itu nanti dapat membantu kita mencapai lebih ramai pelawat atau pelanggan di masa hadapan. InsyaAllah.
Reference
[…] Nama domain boleh didaftarkan di mana-mana penyedia perkhidmatan webhosting. Contohnya di DataKL dan IWHOST. Kemudian setiap tld / extension mempunyai cara daftar yang berbeza. Pendaftaran paling mudah adalah gTLD seperti .com, .net, .org dimana tiada dokumen sokongan diperlukan. Namun bagi ccTLD seperti .my, .com.my anda memerlukan sijil pendaftaran syarikat (SSM) manakala sTLD seperti .gov hanya badan kerajaan sahaja dibenarkan. Begitu juga .edu, hanya institusi pendidikan berdaftar boleh menggunakan extension berkenaan. Semua dokumen sokongan yang diperlukan ini diserahkan ketika proses pendaftaran. Bagaimana memilih nama domain yang baik? Lihat tips memilih nama domain. […]