Apakah nama domain website? Nama Domain adalah satu nama atau teks yang digunakan bagi memudahkan merujuk kepada id sebenar pelayan(server) iaitu nombor IP. Disebabkan nombor IP agak panjang dan sukar diingati, maka diwujudkan Nama Domain.
Nama domain umpama nama kita “Ghazali Tajuddin” dan nombor IP itu umpama no kad pengenalan kita. Apabila kita menaip nama domain, nama berkenaan akan dihantar ke Domain Name Server (DNS) dimana ia akan dipadankan dengan No IP. Jika terdapat rekod dalam DNS berkenaan barulah kemudiannya kita akan dapat mengakses website berkenaan.
Nama domain terdiri daripada beberapa bahagian. Ia dilihat daripada kanan ke kiri, daripada paling umum kepada paling spesifik yang dipisahkan dengan notasi “dot .”. Paling kanan sekali biasanya adalah paling umum yang dipanggil sebagai Top Level Domain (TLD) juga dipanggil extension. Contoh yang biasa kita lihat Generic TLD (gTLD) seperti .com, .net, .org dan termasuklah Country Code Top Level Domain (ccTLD) seperti .my, .uk dan sebagainya.
- Contoh 1 “GhazaliTajuddin.com”
- TLD: .com (paling umum)
- 2LD: GhazaliTajuddin (paling spesifik)
- Contoh 2 “Maybank2u.com.my
- TLD: .my (paling umum)
- 2TLD: .com
- 3LD: Maybank2u (paling spesifik)
- Contoh 3 “Pahang.gov.my”
- TLD: .my – ccTLD
- 2LD: .gov – Sponsored Top Level Domain (sTLD)
- 3LD: Pahang (paling spesifik)
Bagaimana daftar Nama Domain?
Nama domain boleh didaftarkan di mana-mana penyedia perkhidmatan webhosting. Contohnya di DataKL dan IWHOST. Kemudian setiap tld / extension mempunyai cara daftar yang berbeza. Pendaftaran paling mudah adalah gTLD seperti .com, .net, .org dimana tiada dokumen sokongan diperlukan. Namun bagi ccTLD seperti .my, .com.my anda memerlukan sijil pendaftaran syarikat (SSM) manakala sTLD seperti .gov hanya badan kerajaan sahaja dibenarkan. Begitu juga .edu, hanya institusi pendidikan berdaftar boleh menggunakan extension berkenaan. Semua dokumen sokongan yang diperlukan ini diserahkan ketika proses pendaftaran. Bagaimana memilih nama domain yang baik? Lihat tips memilih nama domain.
Reference
[…] perkara paling penting dalam membangunkan laman web adalah pemilihan nama domain. Apakah nama domain website? Nama domain adalah seperti nama rasmi kita dalam kad pengenalan. Ia merupakan identiti atau jenama […]