Netizen kecoh baru-baru ni apabila WhatsApps menghantar notifikasi terkini berkaitan privacy policy terbaru yang bakal dilaksanakan Februari 2021 (kemudian ditunda pada satu masa lain).
Isu ini dihangatkan pulak dengan ciapan billionaire technopreneur Elon Musk dan pakar security Edward Snowden, menambahkan lagi panic dikalangan netizen berkaitan isu keselamatan data yang dikongsi di WhatsApp dan juga Facebook.
Sebenarnya kita mungkin tahu dia collect data kita, tapi kita tak dapat nak sahkan pun data apa yang dia ambil, apa tah lagi data yang diorang manipulate atau jual. Senang cakap, once dah pakai apps diorang ni, sebenarnya kita dah serah maklumat kita pada diorang secara sah. Walau pun ada akta perlindungan maklumat peribadi sekali pun, ko tau ke apa diorang buat belakang ko? Hehehe. Begitulah zaman digital dewasa kini tuan-tuan… privacy policy tu pun berapa kerat je yang baca. Aku pun kadang tekan Aggree / Next je.
Elon Musk dan Snowden mencadangkan untuk tukar ke applikasi Signal yang kononnya lebih sekuriti dan privasi. Ye ke?
Pada pandangan aku, faktor pemilihan bergantung kepada MAJORITI. Kalau majoriti masih kekal pakai WhatsApp, maka terpaksalah ikut majoriti. Sekarang ni kebanyakan user sudah ada WhatsApp dan Telegram. Gebanglah features apa sekali pun. Macam Telegram cukup bagus, tapi disebabkan masih ramai menggunakan WhatsApp, maka terpaksalah kita mantain kedua-duanya.
Now mungkin sudah ada yang dah mula cuba pakai Signal. Cuma mungkin by time, mungkin ramai akan tinggalkan facebook. Ramai orang nak tinggalkan facebook, tapi disebabkan platform FB ni keep improve, maka tiada competitor yang mampu buat media sosial yang setanding FB. Power betei.
Tapi apa boleh buat, messenging apps ni dah jadi sebahagian medium komunikasi dalam kehidupan kita masa kini. Ia takkan ada penghujung, by time mesti ada teknologi yang baru. Jadi kita tunggu dan lihat ajelah nanti.
Leave a Reply