Kos pembangunan website adalah perkara paling awal biasa ditanya oleh para pelanggan. Ia juga merupakan topik yang sering diperdebatkan dikalangan pembangun website (Web Developer). Biasanya pelanggan akan bertanya tentang harga dulu, walaupun idea tentang website jenis apa semua belum terfikir lagi. Ini menjadikan kesukaran kepada pihak pembangun website untuk memberikan anggaran kos pembangunan website. Umpama nak minta sebutharga buat rumah daripada tukang rumah, tapi takde plan asas rumah, tukang rumah pun garu kepala nak bagi sebutharga. Hehe.
Untuk mengetahui ANGGARAN KOS PEMBANGUNAN WEBSITE dengan lebih tepat, terlebih dahulu sebaiknya kita membuat sedikit kajian latar belakang perniagaan, jenis produk, prospek pelanggan dan lain-lain maklumat berkaitan bagi mengenal pasti keperluan sebenar website yang ingin dibangunkan. Buat juga carian website lain sebagai rujukan bagi membantu mendapatkan idea bagaimana struktur, rekabentuk dan fungsi yang diperlukan. Semua ini memberi gambaran awal atau plan asas bagaimana website yang kita mahukan yang akan memudahkan dan mempercepatkan proses pembangunan website nanti.
Kos untuk membangunkan website umumnya boleh dipecahkan kepada Kos Nama Domain & Webhosting, Kos Pembangunan, Kos Pemasaran dan Kos Penyelenggaraan.
- Kos Nama Domain & Kos Web Hosting
- Untuk memiliki website anda perlu mendapatkan Nama Domain dan Web Hosting terlebih dahulu.
- Malah ada sesetengah orang sanggup untuk daftar dahulu nama domain yang disukai tanpa webhosting dan simpan sehingga betul-betul bersedia membangunkan website. Setiap tahun mereka cuma bayar kos memperbaharui nama domain berkenaan. Kalau ada bajet lebih, bolehlah berbuat demikian.
- Untuk bangunkan website, Nama Domain dan Web Hosting perlu ada bagi memastikan website yang akan dibangunkan boleh dicapai di Internet. Apakah nama domain? Boleh baca disini.
- Kedua-dua kos ini merupakan kos yang perlu diperbaharui dalam masa sebulan, setahun atau dalam tempoh yang dinyatakan dalam tawaran oleh penyedia perkhidmatan web hosting.
- Kos Nama Domain
- Harga nama domain adalah berbeza-beza di antara satu penyedia perkhidmatan web hosting dengan yang lain. Antara pilihan harga domain ini termasuklah
- Harga daftar nama domain baru (New)
- Harga pemindahan (Transfer)
- Harga pembaharuan (Renewal)
- Whois Privacy
- Berikut adalah tips memilih nama domain bagi membantu anda memilih nama domain yang baik. [table id=5 /]
- Harga nama domain adalah berbeza-beza di antara satu penyedia perkhidmatan web hosting dengan yang lain. Antara pilihan harga domain ini termasuklah
- Kos Web Hosting
- Terdapat pelbagai pilihan pakej web hosting dengan spesifikasi yang berbeza. Mungkin anda boleh membaca penerangan ringkas berkaitan jenis web hosting dan spesifikasi web hosting disini. Semakin tinggi spesifikasi semakin mahal pakej berkenaan. Jika melihat pakej web hosting di DataKL.com, ia bermula dari MYR115.00 keatas, namun anda boleh cuba membuat carian di penyedia perkhidmatan web hosting lain bagi mendapatkan pakej dengan harga yang lebih kompetatif terlebih dahulu. Jangan lupa untuk membaca tips memilih web hosting terlebih dahulu.
- Kos Pembangunan Website
- Kos pembangunan website bergantung kepada jenis website yang hendak dibangunkan. Lebih tepat lagi, bergantung kepada fungsi-fungsi yang boleh dilakukan pada website. Sebagai contoh, fungsi pengurusan artikel, fungsi maklum balas, fungsi galeri, fungsi pengguna dan lain-lain. Semakin banyak fungsi, maka website akan menjadi lebih kompleks untuk dibangunkan dan kosnya menjadi lebih mahal.
- Namun untuk PENJIMATAN, anda boleh belajar untuk membangunkan website sendiri. Sekarang terdapat pelbagai cara untuk membangunkan dan menguruskan website dengan mudah. Antaranya adalah dengan menggunakan sistem Content Management System (CMS) WordPress. Anda hanya perlu install sahaja WordPress pada web hosting untuk menggunakannya. Kos anda adalah masa untuk belajar bagaimana untuk menggunakan Sistem CMS WordPress. Namun begitu, walaupun WordPress adalah percuma untuk digunakan, terdapat juga plugin atau template premium yang memerlukan bayaran. Malah sesetengahnya memerlukan bayaran pembaharuan bagi mengemaskini plugin berkenaan. Maka ini juga merupakan kos pembangunan dan penyelenggaraan website sekiranya kita menggunakan plugin atau templates premium berkenaan.
- Jika tiada masa untuk belajar dan membangunkan website sendiri terdapat 2 cara
- Menggunakan perkhidmatan sistem pembangun website (Web Builder) seperti OrderSini.com, Wix.com, SquareFace.com dan Shopify.com. Kelebihan sistem begini terus guna dan pakai, kurang sakit kepala memikirkan proses pembangunan. Anda boleh terus melanggan perkhidmatan mereka dengan bayaran bulanan atau tahunan tertentu. Namun kebiasaannya sistem begini mempunyai limit, anda terikat kepada perkhidmatan yang disediakan sahaja. Jadi sebelum melanggan, pastikan anda memahami kelebihan dan ciri-ciri perkhidmatan mereka dahulu.
- Menggunakan perkhidmatan pembangun website. Anda mengupah pembangun website berpengalaman untuk membantu anda membangunkan website yang anda impikan. Apa yang perlu anda buat hanyalah memaklumkan segala jenis keperluan yang perlu ada pada website berkenaan. Ini termasuklah daripada konsep rekabentuk, warna tema dan fungsi-fungsi yang diperlukan. Kos upah ini hanya sekali sahaja jika anda belajar cara bagaimana untuk selenggara sendiri. Jika tidak, anda mungkin terpaksa mengupah mereka untuk mengemaskini dan menyelenggara website anda kemudian hari. Namun ia lebih baik kerana anda mempunyai kebebasan membangunkan website mengikut idea anda.
- Kos mengupah webmaster untuk membangunkan website juga adalah berbeza-beza bergantung kepada jenis website yang hendak dibangunkan. Ini termasuk juga sekiranya terdapat fungsi-fungsi khusus yang diperlukan.
- Sebagai contoh harga untuk membangunkan website syarikat yang berbentuk informasi yang mengandungi maklumat latarbelakang, lokasi dan maklum balas, senarai projek, perkhidmatan mungkin dalam sekitar harga RM650 sehingga RM1500.
- Berbanding harga untuk sebuah website ecommerce yang mengandungi pula fungsi shopping cart mungkin boleh mencecah RM6000 atau lebih.
- Semuanya bergantung kepada jenis dan fungsi yang diperlukan pada website.
- Kos Pemasaran
- Kos pemasaran adalah kos yang sentiasa diperlukan dari masa ke semasa.
- Kos pemasaran diperlukan bagi mempromosikan website anda kepada para pelanggan.
- Kos paling jimat adalah perbanyakkan perkongsian alamat website anda di media cetak, media sosial dan juga apa-apa media yang anda gunakan bagi menarik lebih ramai pengunjung.
- Selain itu anda boleh gunakan iklan berbayar seperti di Google Ads dan Facebook Ads bagi membantu meningkatkan trafik.
- Kos Penyelenggaraan
- Seperti kos pembangunan, kos ini juga dapat dijimatkan dengan menguruskan sendiri website anda.
- Kos penyelenggaraan adalah kos mengemaskini maklumat dan penyelenggaraan website. Ini termasuklah kos nama domain dan web hosting.
- Antara kos kemaskini dan penyelenggaraan:
- Pembaharuan Nama Domain dan Web Hosting
- Kemas kini artikel
- Kemas kini katalog
- Kemas kini galeri
- Rekabentuk banner iklan baru
- Tukan rekabentuk muka hadapan website
- Naik taraf fungsi
- Pembaharan plugin dan templat
- Cas perkhidmatan yang dikenakan adalah berbeza diantara webmaster.
Untuk memudahkan pemahaman daripada penerangan diatas, kita boleh lihat beberapa contoh berikut.
[table id=6 /]
Sekiranya kita tidak memerlukan kos pemasaran, mungkin kerana ia sekadar blog pribadi seperti blog saya sekarang ini. Maka secara tak langsung kos kita hanya MYR 165.00 setahun! Teramat murah!
[table id=8 /]
Dalam contoh 2 ini, projek dibangunkan menggunakan WordPress oleh pembangun website. Cas yang dikenakan pembangun website meliputi kerja-kerja mengubahsuai rekabentuk antaramuka website dan ketetapan yang dikehendaki pelanggan. Ini termasuk juga kos-kos lain yang terlibat seperti kos plugin, templat premium dan latihan jika ada. Jika ada disediakan latihan, kos peyelenggaraan mungkin dapat dikurangkan atau dikeluarkan terus daripada kos keseluruhan. Ini menjadikan kos pembangunan website lebih jimat.
Kesimpulan
Jadi begitulah serba sedikit tentang Kos Pembangunan website. Jika anda lihat, kos asas yang wajib kita keluarkan sebenarnya adalah untuk nama domain dan juga web hosting sahaja. Kos rendah, tetapi memberi impak yang besar kepada bisnes.
Namun ini baru sebahagian kos yang terlibat sekadar contoh supaya lebih mudah difahami. Mungkin terdapat lagi kos-kos lain yang mugkin diperlukan bergantung kepada spesifikasi yang pelanggan berikan. Semoga apa yang dikongsikan dapat membantu anda membuat kira-kira dalam membangunkan website idaman.