Jenis website boleh ditentukan mengikut Fungsi/Modul (Contohnya carian, katalog, blog, forum) dan Pengisian(Content) yang terdapat pada website berkenaan.
Namun fungsi ini terlalu banyak. Tidak semua fungsi yang dinyatakan dalam artikel ini terdapat pada semua website. Ada website tidak mempunyai fungsi yang dikongsikan. Ada pula website yang mempunyai hampir semua fungsi malah siap extra lagi. Jika demikian kena lihat apakah fungsi yang paling dominan, itulah jenis website berkenaan pada pandangan saya.
Berikut antara beberapa jenis website popular
- Enjin Carian (Search Engine)
- Website Enjin Carian ini adalah website yang paling popular yang berfungsi untuk mendapatkan maklumat berdasarkan kata kunci yang dimasukkan.
- Siapa tidak kenal Google.com?
- Web Portal
- Website portal adalah sejenis website yang mempunyai pelbagai fungsi atau modul sistem bagi menguruskan data atau maklumat perniagaan. Ia mungkin mempunyai modul berita, katalog, shopping cart, tempahan, pembayaran, gallery, subscription, pengurusan pengguna, maklum balas, sistem tiket, sokongan dan sebagainya.
- Website portal biasanya diuruskan oleh satu organisasi yang besar.
- Wiki
- Website wiki adalah website berbentuk perkongsian maklumat, dimana setiap maklumat yang dicapai oleh semua orang secara percuma.
- Setiap maklumat pula boleh disumbangkan dan dikemaskini sesiapa sahaja dengan syarat mematuhi beberapa peraturan yang ditetapkan.
- Contoh website wiki paling popular di dunia adalah Wikipedia. Dianggarkan terdapat lebih daripada 6 juta artikel berbahasa inggeris, lebih 41 juta editor berdaftar dimana lebih 120 000 adalah editor aktif .
- Archive Website
- Website Arkib adalah sebuat website yang menyimpan semua maklumat digital berguna seperti ebook, muzik, perisian, website dan lain agar tidak hilang.
- Contohnya https://archive.org/ anda boleh cuba semak sebarang nama domain jika pernah digunakan.
- Rangkaian Sosial (Social Networking) / Media Sosial (Social Media)
- FaceBook.com, Twitter.com, LinkedIn, Friendster, MySpace adalah beberapa contoh website rangkaian sosial. Ia membenarkan pengguna untuk membuat status, memuat naik gambar, mencari teman, berkongsi aktiviti dan informasi, memberi respon dan pelbagai lagi aktiviti sosial dikalangan pengguna.
- Selain itu terdapat juga media sosial yang lebih berorientasikan tema yang lebih spesifik seperti gambar dan video dalam Instagram.com, Youtube.com, TikTok.com ataupun perkongsian lokasi menarik di FourSquare.
- Forum
- Forum merupakan antara jenis website sosial terawal yang wujud di Internet.
- Forum diwujudkan berorientasikan minat atau hobi seperti forum kelab fotografi, basikal, motor dan lain-lain.
- Ia membolehkan pengguna mencipta post dengan cara mencipta topik mengikut kategori yang telah ditetapkan Administrator atau Moderator. Pengguna juga boleh berhubung melalui mesej peribadi sesama mereka.
- Namun banyak forum yang telah ditutup disebabkan hadirnya teknologi media sosial yang lebih canggih. Antara forum yang masih bertahan seperti Lowyat.net, Cari.com.my, CariGold.com dan Malaysianbikers.com.my.
- Direktori / Listing
- Website direktori adalah website yang berfungsi seperti buku alamat atau Yellow Pages. Ia menyenaraikan maklumat seperti nama dan nombor perkhidmatan.
- Terdapat website direktori berbayar dan ada yang percuma. Maklumat yang ada mungkin diuruskan oleh organisasi tertentu atau setiap pengguna perlu mendaftar dan menguruskan sendiri maklumat mereka.
- Contoh website Yellowpages.my dan VisitPahang.my.
- Portal Berita / Media / Informasi
- Website portal berita dan media merupakan website yang fokus kepada maklumat terkini dan isu semasa. Pengisiannya akan dipecahkan mengikut segmen dan kategori seperti Isu Semasa, Dalam Negeri, Luar Negara, Politik, Sukan dan sebagainya.
- Contoh mudah adalah Utusan.com.my, Bharian.com.my, Bloomberg.com dan Reuters.com
- Penanda Sosial (Social Bookmarking)
- Social Bookmarking adalah website yang membenarkan pengguna untuk berkongsi bookmark diantara pengguna. Ia popular dikalangan pemilik website dan kerana ia memudahkan mereka untuk mendapatkan bahan-bahan yang sedang trending, selain pengguna juga dapat mempromosikan kandungan website mereka. Antara yang popular adalah Pinterest , StumbleUpon dan Digg.
- Perkongsian Media (Media Sharing)
- Website ini membolehkan pengguna untuk berkongsi pelbagai media digital seperti gambar dan video supaya boleh dilihat dan dimuat turun oleh pengguna lain.
- Antara yang popular adalah Youtube.com, 500px.com, Unsplash.com dan Flickr.com.
- Crowd Funding
- Website crowdfunding merupakan website yang menguruskan sumbangan dana orang ramai.
- Ia menyediakan platform yang memaparkan maklumat-maklumat penting pihak yang memerlukan sumbangan, seperti jenis sumbangan, tempoh sumbangan, status sumbangan termasuk Payment Gateway bagi menyalurkan sumbangan kewangan.
- Antara website crowd funding yang popular di Malaysia adalah MyFundaction.org.
- Cloud
- Cloud pula merupakan website yang menyediakan ruang pengguna menyimpan bahan media digital mereka. Selain itu ada juga yang membenarkan pengguna untuk berkongsi media dengan pengguna lain.
- Contoh yang popular adalah Google Cloud dan Drop Box.
- Profil Syarikat / Portfolio / CV
- Website profil syarikat / portfolio pula merupakan website yang menyediakan maklumat ringkas / umum berkenaan organisasi atau individu seperti katalog, produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, testimoni, pengalaman kerja, maklumbalas dan maklumat untuk dihubungi.
- Kebiasaannya maklumat yang dimasukkan adalah maklumat yang terpenting bagi memudahkan pelanggan syarikat mendapatkan informasi dengan pantas dan membuat keputusan.
- Namun terdapat juga sesetengah website ini dimuatkan dengan fungsi yang lebih dinamik seperti fungsi artikel, sembang, affiliate, forum dan galeri foto yang menjadikan pelanggan lebih banyak “engagement” melalui website.
- Contoh website Minghooi.com, TunasManja.com,
- Korporat
- Website koporat pula lebih kompleks. Ia merangkumi kebanyakan maklumat dan fungsi website profil syarikat dan pelbagai lagi info penting berkaitan syarikat / organisasi.
- Website korporat diwujudkan bertujuan untuk menarik minat pelabur melabur dalam syarikat / organisasi / koperasi, maka segala maklumat penting berkaitan hal ehwal perniagaan dan pengurusan syarikat / organisasi yang memberi kesan kepada untung/rugi adalah penting.
- Maklumat latar belakang penubuhan syarikat, visi dan misi, carta organisasi, senarai ahli lembaga pengarah, aktiviti / projek semasa dan akan datang, maklumat kewangan semasa, bonus, untung rugi, laporan audit, laporan AGM merupakan antara maklumat tambahan yang dimuatkan dalam website koporat.
- Jika syarikat merupakan syarikat public listed, maklumat bursa juga boleh dimasukkan di website.
- Contoh website Pasdec.com.my, SimeDarby.com, Proton.com dan Maybank.com.
- Brand Building Website
- Website ini pula lebih berorientasikan JENAMA. Ia bertujuan memperkenalkan serta membangunkan imej sesebuah brand.
- Website ini akan mempunyai mesej jelas, apakah produk atau perkhidmatan, apakah masalah berjaya diselesaikan, apakah kekuatan berbanding kompetitor lain atau apa sahaja yang mampu menaikkan imej jenama berkenaan.
- Website ini biasanya mengetengahkan sesuatu konsep yang menjadikan lebih “Eye catchy”. Ini termasuklah penggunaan animasi, foto yang besar, video serta fungsi-fungsi interaktif lain bagi menarik perhatian pengguna.
- Selain itu testimoni dan integrasi media sosial juga digunakan sebagai “Social Proof” produk / perkhidmatan.
- Website ini dimanfaatkan untuk produk-produk fast moving consumer goods contohnya groseri, soft drinks, snack dan lain-lain.
- Sebaiknya website ini mempunyai pengisian yang dinamik bagi mendapatkan “Customer Engagement”.
- Contoh website Boboiboy.com dan SifuFbAds.com.
- Kedai Atas Talian (Online Store)
- Website ini mempunyai 2 fungsi utama iaitu katalog dan fungsi pembayaran secara atas talian.
- Website ini boleh wujud dalam pelbagai bentuk, ada yang mempunyai shopping cart, ada yang sekadar produk info dan terus Payment Gateway sahaja. Ada yang berbentuk Customer to Customer, Busines To Customer dan pelbagai lagi bentuk kedai atas talian.
- Contoh Website SitiKhadijah.com, Bundle2u.com dan Shopee.com.my.
- Blog
- Blog atau “Web Log” adalah sebuah website berbentuk jurnal atau diari online. Setiap post/ artikel yang ditulis akan mempunyai tajuk, pengisian, tarik dan masa.
- Ia berfungsi untuk mendokumentasikan sesuatu, sama ada pemikiran, idea, pandangan, ulasan, cerita, berita, gossip, dan sebagainya.
- Pada setiap artikel, penulis atau “Blogger” boleh setkan katakunci dan kategori, memuat naik foto video, membalas komen yang diberikan pelawat dan berkongsi pautan artikel di media sosial.
- Blog merupakan fungsi yang meningkatkan “Customer Engagement” dan merupakan salah satu fungsi penting dalam SEO.
- Fungsi blog kini lebih dinamik, ia boleh digunakan sebagai website portfolio fotografi, website berita, website ulasan produk, website konsultan dan pelbagai lagi.
Reference
[…] struktur, rekabentuk dan fungsi yang diperlukan. Semua ini memberi gambaran awal atau plan asas bagaimana website yang kita mahukan yang akan memudahkan dan mempercepatkan proses pembangunan website […]