Setiap penyedia perkhidmatan webhosting (Web Hosting Provider) menawarkan jenis-jenis web hosting yang berbeza. Setiap jenis web hosting ini pula mempunyai pelbagai plan web hosting dengan spesifikasi yang berbeza-beza.
Dalam artikel ini diterangkan secara umum beberapa jenis web hosting yang boleh didapati di pasaran sekarang
- Shared Web Hosting
- Special Shared Web Hosting
- Dedicated Web Hosting
- Virtual Private Server Web Hosting
- Cloud Server Web Hosting
Shared Web Hosting
Shared Web Hosting ditawarkan hampir semua penyedia perkhidmatan web hosting. Jenis hosting ini adalah yang paling popular, disebabkan harganya murah dengan spesifikasi yang sesuai untuk pemula. Ringkasnya ia merupakan sebuah pelayan(Server) yang dikongsi beberapa akaun web hosting, biasanya terdapat beratus hingga beribu akaun. Pelayan berkenaan akan diuruskan sepenuhnya oleh penyedia web hosting. Setiap akaun web hosting yang berdaftar mempunyai saiz storan, bandwidth, power dan memori masing-masing bergantung kepada pakej yang dipilih. Setiap akaun juga dibenarkan satu atau beberapa website pada satu akaun. Disebabkan terdapat beberapa akaun web hosting berkongsi satu pelayan inilah harganya lebih murah berbanding Dedicated Server Hosting plan.
Optimize Shared Web Hosting
Web hosting ini mempunyai ciri sama seperti Shared Web Hosting, cuma pelayan yang digunakan telah di optimize mengikut spesifikasi atau ciri tertentu. Sebagai contoh WordPress Performance Hosting yang ditawarkan oleh DataKL.com, telah di optimize kan supaya mengikut konfigurasi optimum bagi pengguna yang mahu menggunakan CMS WordPress dimana salah satunya ia menggunakan perisian LiteSpeed Web Server berbanding Apache atau Nginx web server yang sering digunakan server lain.
Dedicated Server Web Hosting
Dedicated Server Web Hosting pula memberi kawalan sepenuhnya terhadap semua sumber yang terdapat pada pelayan berkenaan kepada pelanggan. Anda boleh memilih jenis spesifikasi CPU, MEMORI dan segala konfigurasi dan perisian yang anda mahukan mengikut spesifikasi keperluan anda. Hanya anda sahaja pengguna pelayan berkenaan, tiada applikasi pengguna atau akaun web hosting lain yang berkongsi menggunakan semua sumber seperti CPU, Bandwidth dan Memori seperti di Shared Web Hosting.
Virtual Private Server (VPS)
VPS ini juga sesuai bagi mereka yang memerlukan kawalan sepenuhnya terhadap pelayan. Ia kombinasi Shared Hosting dan Dedicated Server dimana, VPS menggunakan suatu teknologi virtual bagi membolehkan anda memiliki sumber dan kawalan seperti Dedicated Server. Namun sebenarnya anda masih berkongsi satu server dengan pengguna lain.
VPS sesuai bagi pengguna bisnes dan professional yang menghadapi masalah penggunaan melebihi spesifikasi yang ditetapkan pada plan Shared Web Hosting namun tidak sampai kepada keperluan spesifikasi Dedicated Server Web Hosting serta kos yang lebih mahal. Maka VPS adalah solusi terbaik yang berada diantara kedua plan berkenaan.
Cloud Hosting
Cloud Hosting adalah sebuah sistem hosting yang tidak terikat kepada satu pelayan fizikal seperti Shared Web Hosting dan Dedicated web hosting. Namun anda masih mempunyai kebebasan untuk memilih spesifikasi seperti yang terdapat pada dedicated web hosting. Cloud hosting mempunyai beberapa server yang beroperasi dalam satu platform yang dipanggil Cloud. Ini memberi kelebihan dan fleksibeliti apabila berlaku berlaku sebarang kekurangan sumber pelanggan dengan mudah mengubah suai spesifikasi keperluan bila-bila masa diperlukan.
Yang Mana Satu Pilihan Anda?
Sekiranya anda baru bermula berjinak-jinak untuk membangunkan website sendiri sama ada untuk personal atau untuk profil syarikat, saya sarankan guna Shared Web Hosting dahulu. Ia lebih murah serta kebiasaanya memadai untuk keperluan sebuah website profil atau blog.
Namun jika anda sudah mempunyai produk berjenama dan beratus ribu pelanggan atau follower, dan ingin membangunkan sebuah website kompleks seperti eCommerce, anda mungkin boleh pertimbangkan Dedicated Server Web Hosting. Namun boleh juga mencuba plan premium Shared Web Hosting yang ada, jika tak cukup boleh upgrade kemudian.
Berikut adalah penyedia perkhidmatan webhosting pilihan saya:
Rujukan:
[…] hosting dengan spesifikasi yang berbeza. Mungkin anda boleh membaca penerangan ringkas berkaitan jenis web hosting dan spesifikasi web hosting disini. Semakin tinggi spesifikasi semakin mahal pakej berkenaan. Jika […]