Apakah kelebihan memiliki website? Apakah kepentingan website? Adakah website masih relevan? Facebook kan ada? Shopee kan ada? Itu antara soalan dan pernyataan yang kerap diajukan kepada saya. Malah saya juga sering bertanya kepada pelanggan, kenapa mereka perlukan sebuah website? Saya pun nak tahu juga kenapa kan?
Jadi sebenarnya apakah kelebihan website? Mari kita lihat satu per satu.
- Beroperasi 24 Jam, Tanpa Sempadan.
- Website anda sentiasa beroperasi 24 jam, boleh dilawati bila-bila masa dan dari mana jua selagi ada capaian internet.
- Website anda juga boleh konfigurasikan website anda supaya menjual secara auto sepenuhnya tanpa memerlukan anda melakukan apa-apa!
- Pasaran lebih luas
- Anda boleh memasarkan perkhidmatan atau produk anda ke pasaran yang lebih global.
- Mengawal Imej
- Dengan website professional anda dapat mengawal sepenuhnya penampilan dan isi kandungan yang ingin disampaikan kepada pelanggan. Ini tidak dapat dilakukan sepenuhnya di media sosial. Anda boleh berkreatif mengubah rekabentuk dan fungsi website menjadi lebih menarik dan mesra pengguna. Semuanya anda sendiri tentukan bagaimana sepatutnya jenama anda dimata pelanggan.
- Memaksimakan ROI Pemasaran
- Mungkin anda berpengalaman membuat iklan, sama ada iklan bercetak seperti bisnes card, flyers, brochures, atau iklan digital di enjin carian seperti Google Ads dan social media seperti Facebook dan Instagram. Proses ini akan berulang-ulang dari masa ke semasa dan melibatkan banyak kos. Manakala kos untuk membangunkan website sebenarnya hanya sekali sahaja dan amat minima, manakala kos penyelenggaraan juga amat rendah jika belajar caranya. Untuk memaksimakan ROI pemasaran sebenarnya anda hanya perlu kongsikan / tumpang sahaja pautan website anda pada semua iklan pemasaran digital atau bercetak anda tadi. Jika anda tiada website, semua pelaburan pemasaran anda mungkin akan menghasilkan closing leads, sebaliknya dengan adanya website, anda mungkin berjaya untuk memancing mereka ke website anda juga. Ini akan menjadikan “Cross Marketing” yang menguntungkan!
- Apabila semakin banyak trafik masuk daripada media sosial dan iklan lain ke website, google akan mengindekskan website anda sebagai popular. Bila popular website akan berpeluang di paparkan pada bahagian hadapan enjin carian dalam niche yang berkenaan. Ini menjadikan website anda!
- Meningkatkan Kredibiliti
- Mempunyai facebook page atau instagram adalah biasa, mempunyai website professional adalah sesuatu yang eksklusif. Apabila anda mempunyai website professional, ia umpama anda mempunyai kedai online sendiri. Perkhidmatan anda nampak lebih professional. Kita lihat banyak brand-brand terkenal walaupun mempunyai akaun facebook dan instagram, mereka turun sama melabur dalam membangunkan website professional masing-masing. Antaranya SitiKhadijah.com, Bellaammara.com dan Droneskaki.com.
- Social Proof
- Dengan adanya website anda membuktikan bahawa anda sirius dalam perusahaan anda. Anda boleh memanfaatkan website anda dengan memasukkan testimoni dan juga kemaskini projek-projek lepas, terkini dan akan datang. Semua maklumat tentang perusahaan anda boleh dimasukkan di website menambah keyakinan bakal pelanggan terhadap perkhidmatan anda.
- Mengurangkan kebergantungan kepada Social Media atau platform komersil lain
- Ini juga merupakan antara faktor utama kenapa ramai usahawan berusaha membangunkan website mereka sendiri.
- Sosial media merupakan trend terkini yang menarik ramai pengguna. Ini menjadikan ia merupakan satu platform terbaik untuk membuat aktiviti pemasaran. Namun kita terikat kepada segala terma dan syarat, polisi dan fungsi yang ditetapkan. Malah ada perubahan polisi yang dibuat menjadikan kita kerugian kepada kita. Contohnya akaun media sosial kita disekat dan sebagainya.
- Mesra Enjin Carian (SEO)
- Website lebih mudah dijumpai atas talian berbanding media lain.
- Anda boleh membuat pos / artikel, dimana setiap artikel boleh dikategorikan dan diberikan katakunci. Semua ini menjadikan setiap artikel kita lebih mesra enjin carian (SEO).
- Kos keseluruhan lebih rendah
- Seperti yang dinyatakan point sebelum ini disebabkan kos yang lebih rendah dan lebih mesra Enjin Carian maka adalah kerugian besar bila tidak menggunakan website sebagai salah satu alat pemasaran.
- Khidmat Pelanggan
- Website secara asasnya merupakan sistem sokongan paling mudah untuk pengguna mengetahui berkaitan perkhidmatan atau produk anda. Ditambah pula sekiranya ada soalan yang kerap ditanya (FAQ) juga dapat membantu bakal pelanggan membuat keputusan dengan lebih yakin.
- Kompetitor
- Boleh dikatakan, kalau anda tidak buat, kompetitor anda pasti buat dahulu. Cuba anda fikirkan nama-nama domain yang menarik. Sudah pasti telah dimiliki. Jadi pastikan bertindak sekarang!
Jadi begitulah serba sedikit kelebihan website. Apa pandangan anda? Adakah website masih relevan? Adakah website masih diperlukan oleh usahawan-usahawan masakini?
Tips
Rujukan
Leave a Reply