Semalam aku ada urusan di UMP Pekan, dalam jam 11-12.00 pagi. On the way nak ke Pekan tu aku dah siap WhatsApp orang kerja Pekan yang aku ada area sana tengahari ni. So nak jadi cerita setel je urusan tu ada orang dah booking ajak gi dating lunch sama-sama. Hehehe.
So kali ni, orang kerja Pekan ajak makan daging bakar special di Pekan katanya. So apa lagi jom kita tinjau-tinjau.
Lokasi restoran ni betul-betul selepas Masjid Putih(Masjid al-Mukmin Tanah Putih, Pekan) dan trafik light simpang ke UMP Pekan. Selepas trafik light terus ke kiri korang akan nampak signboard seperti dalam gambar.
So nak jadi cerita masa kami sampai tu masih awal. Nampak lengang. Jadi mudah lah nak parking dan mencari tempat duduk. Lokasinya agak besar, boleh parking di dalam kawasan mereka, atau boleh parking di tepi jalan sahaja.
So disebabkan aku dah rambang mata. Aku pilih untuk ambil pakej yang ada. Itu pun aku rambang mata jugak. Ginilah bila ko dah biasa skip lunch, tiba-tiba nak kena pilih lauk-pauk yang semua nampak best ni. Aduuu…
So aku order set daging kambing bakar special dan set daging bakar special. Huhuhu. Daging kambing bakar dia memang lembut! Even daging bakar biasa dia pun dah sedap. Kerabu mangga dia macam somtam dah. Manis dan sedap! Sambal asam dia pun sedap. Hidangannya very simple, tapi memang puas hati amount daging yang diberi. Kecur air liur aku nak bercerita pada korang ni huhuhu. Boleh repeat lagi next time!
So korang boleh try la kalau ada ke Pekan. Sesekali makan sedak! Hari lain lah diet tu! Hahaha. Bye!