- Bila menceburkan diri dalam industri fotovideo pasti kita akan akan ada shoot potret individu.
- Secara professional, kita tidak boleh mengambil gambar orang lain sesuka hati tanpa kebenaran kecuali untuk rekod berita (newsworthy). Sebagai contoh, kita mengambil gambar perasmian muzium oleh Yang Dipertuan Agong, maka gambar sebegini dibawah kategori newsworthy / editorial. Nak pergi dekat pun susah, apatah lagi nak mintak sign. Kena sign buku lima atas muka boleh.
- Walaupun kita sudah bayar kepada model, masih lagi belum cukup untuk menjadikan imej yang dirakam adalah milik kita sepenuhnya (Copyright).
- Bagi menjadikan copyright adalah milik kita sepenuhnya. Pastikan model mengisi borang Model Release.
- Terdapat 3 jenis model release yang biasa diperlukan.
- Model Release – Untuk model release yang berumur lebih daripada 18 tahun
- Minor Release – Untuk model yang berumur kurang daripada 18 tahun. Biasanya ibubapa atau penjaga yang akan mengesahkan borang ini.
- Property Release – Untuk bangunan / harta (property) yang memerlukan pengesahan.
- Terdapat juga agency yang menyediakan satu borang sahaja sama ada model/minor release. Jadi memudahkan kerja kita tak perlu nak print 2 form. Sebagai contoh Getty Images menggunakan 1 form sahaja.
- Setiap agensi mempunyai borang model release yang berbeza-beza.
- Kita juga moleh modifikasi model release daripada agensi sedia ada dan menghasilkan satu model release yang generic / umum supaya kita boleh gunakan untuk semua atau kebanyakan agensi. Takkanlah kita nak submit ke Shutterstock borang lain, Fotolia borang lain, 123rf borang lain. Haish, kalau ada 10 model? kalau 100 model? Tak ambil gambar la jawabnya!
- Contoh Model/Minor/Property Release
tips
Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
- Shutterstock.com merupakan antara agency microstock yang mempunyai pasaran yang paling aktif. Setiap hari ramai pembeli membeli gambar di Shutterstock.com
- Seperti yang anda tahu, untuk menjadi contributor di Shutterstock.com, anda perlu menghantar 10 keping gambar/karya pertama terbaik.
- Jika lulus 7/10 keping daripadanya. Anda layak untuk menjadi contributornya, dan boleh mula menghantar gambar seterusnya. Jika tidak, anda perlu menghantar semula karya baru untuk dinilai selepas 30 hari!!!
- Antara tips penting dalam menghantar 10 keping karya berkenaan:
- Pastikan karya yang dihantar adalah berlainan kategori. Tidak semua gambar potret atau tidak semua gambar lanskap. Lagi bagus jika berbeza-beza kategori sebagai contoh Potret, Lanskap, Still Life, Journalism, Sports, Religous, Architecture, Technology, Outdoor Activity, Picnic, Parenting dan lain2.
[Read more…] about Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
- Pastikan karya yang dihantar adalah berlainan kategori. Tidak semua gambar potret atau tidak semua gambar lanskap. Lagi bagus jika berbeza-beza kategori sebagai contoh Potret, Lanskap, Still Life, Journalism, Sports, Religous, Architecture, Technology, Outdoor Activity, Picnic, Parenting dan lain2.
Tolonglah Berhenti Merokok Sekarang!
Assalamualaikum w.t.h & Salam Sejahtera!
Korang ape kabo wei? Harap2nya sihat2 belaka lah.
Mesti korang akan terkejut ape hal tajuk post pasal rokok lagi. Takde modal dah ke? Hahahha. Aku pun ingat cerita aku ni dah abis, tapi rupanya belum lagi. Masih ada cerita yang perlu disampaikan. So hari ni aku nak share dengan korang latest update tentang Berhenti Merokok.
Bro, baru-baru ini tiba2 rasa pendek nafas tu datang balik. Rasa tu actually macam paru2 ko tu cam ketat dan berat gitu lah. So aku nak membayangkan camne tu, lebih kurang semput lah. Ko kena tarik nafas pelan2 dan dalam2 baru ko puas.
So nak jadi citer, Jumaat, 2 Nov 2012 aku busy dengan persiapan workshop Basic Stock Photography. Pagi tu aku ada wat exercise macam hari2 biasa yang dah aku wat selama 2 bulan ni. Yep every day weekdays, aku p jog dalam sejam. Nak turunkan berat badan sikit lah kononnya. Actually takde masalah apa pun so mungkin hari berkenaan aku penat sikit.
So lepas jog pada pagi tu, aku takde lah wat kerja2 berat sangat just ada sibuk sikit menguruskan bengkel untuk esoknya. Cuma pada petang tu ketika drive, tiba2 aku rasa cam nafas aku agak sedikit luar biasa pendek dan laju, rasa cam semput2 dengan heart beat tiba2 jadi laju lebih daripada biasa. Masa tu aku rasa kaki dan tangan aku jadi sedikit kebas, dan aku rasa cam nak blackout lah.
Alhamdulillah, walaupun kuantan jem jugak la masa tu, aku terpaksa lalu 2 traffic light yang agak panjang. I just make it bro, memang cuak + semput terus drive ke Kuantan Medical Centre. Aku dari simpang empat tanjung lumpur. Itu je yang terdekat, tak terpikir dah nak gi GH ka apa ka. Siyes rasa cam nak putus nyawa memang tak sempat pikir apa dah.
Aku sampai2 terus diberi neb, alah benda cam org kena asma pakai tu untuk melegakan nafas aku. Tp aku sampai kat hospital tu pun dah lega sikit lah, masa drive sebelum tu aku tak tau nak buat apa dah. Is it end of me? Memang terbayang wajah anak isteri ajer masa tu ditambah pulak amalan2 yang tak seberapa…
Nurse tu dah start tanya macam2 masa diorg bagi aku pakai neb tu. First sekali dah tentu adakah aku pesakit asma? Sudah tentu tidak. Aku terus bagi tau aku baru berhenti merokok pada mac 2012.
So on the spot diorng amek darah, check blood pressure, check jantung dan juga x-ray. Dalam kepala aku macam2 benda dah terfikir ni, adakah jantung? Darah tinggi ka? diebetes ka? hadoi memang saspen betul.
So, lepas 2 jam, terus aku dapat result yang everything clear! Doktor yang bertugas nyatakan bahawa semua ok, cuma blood pressure tinggi sikit tapi normal. Diorang cakap mungkin aku mengalami anxiety atau panic attack. So perasaan aku pun agak kompius. Diorang ada tanya aku sama ada nak warded atau tidak, so diorang leh monitor dan on monday leh jumpa pakar. Aku cakap takpelah, aku ada kerja esoknya nanti aku gi sendirilah.
Jadi, aku p jumpa pakar on wednesday. Apa lagi beb wat Stress Test la huhuhu. Hurmmm hasilnya alhamdulillah doktor pakar cakap, physically semua sihat. Cuma mungkin disebabkan dulu merokok, ada kahak yang menyebabkan stress pada lung. Gitu la lebey kurang. So kesannya macam asma lah. Hadei memang jeng bak ah. Tapi at least lega lah sikit takdelah berfikir bukan2…
So selepas 8 bulan berhenti, rupanya tak semudah itu kesan merokok boleh hilang. Walau pun dalam 2 bulan ni, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat setiap pagi aku joging untuk bagi support pada kesihatan yang lebih baik. Belum tentu lagi nampaknya.
Paling azab adalah ketika nak tido malam2, huhuhuhu. Sejam yang pertama, mungkin sejam yang pertama ko terpaksa azab bernafas yang tidak selesa. Subhanallah. Aku harap pulih atau sekurang2nya aku dapat biasakan, aku doa2 sangat ia tidak melarat. Nauzubillah.
Apa pun thanks pada doktor pakar, yang terus sokong aku untuk berhenti. Sebab ada ramai yang menyatakan agar aku hisap rokok balik.
No Way Man!
Mungkin ada sebab Allah panjangkan umur aku waktu ini. Bukan suka2 aku nak share ngan korang pengalaman aku ni. Just aku rasa korang perlukan pengalaman aku ni. Mohon maaf kepada sapa2 yang ada terasa ati pada diri aku ni walaupun korang tak pernah jumpa ok. Mana la tau, sekali lagi strike, aku tak sempat jumpa korang. Terima kasih ok!
So geng! Tolonglah berusaha untuk berhenti ketika anda masih sempat! Gud luck! Aku doakan korang terus berusaha dan berjaya dengan kesihatan yang lebih baik daripada aku.
Amin.
Kaya lah macammana sekalipun, jika kesihatan takde tiada gunanya! Kalau korang jenis layan bersukan and ada guna Endomondo.com, add aku mr.ghazali@gmail.com! ok!
Personal Tips Berhenti Merokok #2
Cerita Selepas 6 Bulan.
Salam geng!!! Apa cerita percubaan BERHENTI MEROKOK? Ni nak hapdet cerita selepas 6 bulan berhenti ni. Alhamdulillah aku rasa dah bebas sepenuhnya daripada rokok! Yeszaaaaaaaaaaaaaa! Aku pun dah tak makan Niquitin dah. Lama dah rasanya, ada lagi stock Niquitin kat aku ni. Sapa2 berminat halo2 saja.
Kesan Berhenti Merokok?
Kalau korang ingat lagi. Aku ada share pasa kesan berhenti merokok tu. Stress, sakit kepala, nafas pendek. Alhamdulillah semua dan kembali normal. Sekarang ni aku boleh selamba aje lepak ngan perokok-perokok tegar lain. Lebih dasyat, aku pulak naik pening bau asap rokok, rasa nak jerit aje kepada perokok-perokok ni. Chewah! Agaknya camni la bini aku bising dulu masa aku merokok. Hahaha.
Tapi sirius bro, memang sekarang semua ok. Alhamdulillah. Untuk mantapkan lagi paru-paru aku, yelah damage already there. 16 years smoking tak leh buat apa la. Paru-paru tetap dah rosak, just nak stimulate agar dia terus sihat aku mantain aktiviti-aktiviti bersukan. Memang hari-hari aku joging, paksa paru-paru dan jantung bekerja keras sikit. Bukan takat paru-paru. Badan aku pun naik beb berhenti merokok ni. Tapi apa ada hal, janji dah berhenti merokok. Badan naik ni terpaksa la workout sikit.
JOM BERHENTI MEROKOK!
Memang rasa bersyukur sangatlah, berjaya berhenti merokok ni. Aku harap, ramai lagi kawan-kawan aku dapat berhenti terus merokok. Kalau sesiapa dah start pakai rokok elektrik tu, cuba-cuba lah tinggal. Sebab kesan dia sama sahaja. Just takde racun lain selain nikotin sahaja. Nikotin ni pun bukan bagus untuk kesihatan pun. Lagi cepat quit, lagi cepat lung recover balik kan?
Good luck geng!
KLIK untuk membaca Personal Tips Berhenti Merokok dari artikel aku yang terdahulu!
Ramadhan 1433H
Salam Ramadhan. Agak lewat entry kali ini.
Hari ini 4 bulan selepas last artikel aku. Ini bulan Ogos 2012.
Hari ini hari ke 18 Ramadhan 1433H.
Hari ini hari ke 18, aku berpuasa tanpa ROKOK. Hahahha.
So macam-macam hal berlaku hari ini. Semua atas bagaimana kita melihat dunia. Positif yang kita nampak, positif lah sepanjang hari, negatif kita nampak, negatif lah persepsi kita. [Read more…] about Ramadhan 1433H
Personal Tips Berhenti Merokok
Hari ini, aku nak share sesuatu yang penting. Penting pada aku, penting pada ko. Aku dan ko hampir sama. Sebab aku pernah merokok dan kau mungkin sedang mencuba untuk berhenti. Atau ko mungkin tak merokok, baguslah, ko memang bijak dan beruntung, tetapi mungkin orang yang kau sayang merokok. Boleh juga ko baca untuk dikongsi bersama mereka dan memahami mereka. Sebab berhenti merokok bukan mudah. Memang dipandang enteng pada mereka yang tidak merokok, tetapi bukan perkara kecil bagi mereka perokok tegar. Perokok merupakan penyumbang ekonomi negara terbesar juga. Mereka orang kaya bayar tax antara termahal di Malaysia. Mereka tidak boikot, mereka orang yang redha dan pasrah ketentuan Ilahi terhadap poket mereka. Hahahah. Tapi jika ko merokok, tahniah, ko sampai juga ke sini. Aku memang menunggu ko membacanya supaya ko boleh cuba pula sebab aku pasti ko masih berusaha mencari satu solusi kepada berhenti merokok. Ini bukan kaedah yang pasti boleh, ini cuma pengalaman aku, mungkin boleh disuaikan dengan diri ko untuk berhenti merokok. Berhenti merokok sudah pasti suatu perkara terhebat jika berjaya dilakukan. Ko pasti akan jumpa juga bagaimana mahu berhenti mengikut gaya dan cara diri ko sendiri. [Read more…] about Personal Tips Berhenti Merokok