Sedar tak sedar hampir beberapa bulan blog ini telah diserang malware. Tension la jugak nak cari masa untuk betulkan, kemudian nak analyse kat mana masalahnya. Bukat takat 1 website, beberapa website lain under hosting sama pun kena!
Alhamdulillah setelah beberapa langkah “penyelamatan dan pembersihan” telah diambil bagi memastikan GhazaliTajuddin.com kembali bersinar.
Untuk pengetahuan semua, GhazaliTajuddin.com menggunakan platform wordpress pada host sendiri. Jadi saranan aku yang memang selalu update ni bagi pengguna wordpress pada host sendiri kena sentiasa update kepada wordpress versi terkini dari masa ke semasa. Begitu juga semua themes dan plugin yang digunakan perlu juga dikemaskini. Ini kerana setiap kali versi baru keluar, mereka akan update dan upgrade versi yang terdahulu dengan fungsi keselamatan dan features lain yang terkini.
Bukan apa, sebelum-sebelum ni beberapa kali juga orang pernah mintak bantuan aku website kena hack, habis berterabur content, nak login pun tak lepas. Camne nak buat kalau macam tu. Ish minta jauh la kan.
Bila dah setel masalah ni baru lah rasa bersemangat sikit nak update! Heh. 🙂