“Hallo Gezzeg”
“Ye bohhh. Apa citer…”
“Best tak jadi ejen takaful?”
“Alamak soalan ko ? its depends”
“Member aku ajak aku jadi ejen ni, macam best je. Masyukkk. Kerja asyik jalan je.”
“Ya ya hehehe. Apa lagi dia cerita?”
“Pasal bonus berlipat-lipat. Pasal contest menang itu ini. Pasal travel sponsored. Income nya wow!”
“Ya ya hehehe. Pasal kerja?”
“Dia cakap kerja fleksibel, ikut time kita. Buat aktiviti ramai-ramai. Best tu…”
“Ya ya hehehe. Tak abis lagi tu…”
“Aaa? Tak abis? Cite tak abis?”
Pung pang pung pang…
…
Jadi hari ini aku nak kongsi sebahagian pengalaman aku sebagai ejen takaful. Sedar tak sedar dah 7 tahun aku terlibat dalam industri ni. Masa aku join dulu, banyak perkara aku tak tahu. Bermula sebagai part time agent, sehinggalah contract as full time agent. Jadi post ini aku nak share sikitlah khas untuk korang.
Perlu aku buat disclaimer disini bahawa ini adalah perkongsian pengalaman dan pandangan peribadi aku sebagai ejen PruBsn Takaful. Namun post ini tidak pula mewakil PruBsn Takaful. Juga tiada kaitan dengan mana-mana pihak. Harap jelas. Jangan kecam hahaha.
Ok.
Kerjaya sebagai ejen takaful ini mulia. Ko memperjuangkan sebahagian daripada muamalat Islam. Ko berpeluang berkerja sambil berdakwah. Masih ramai yang kurang faham perbezaan antara insuran konvensional dan takaful. Aku pernah disekolahkan dengan imam besar masjid pasal takaful dan riba ini. Aku setuju masih ramai tak tahu kenapa perlu jauhi riba dalam sistem kewangan konvensional. Besar topik ni. Fokus pada diskusi kita sahaja.
“Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu.” (Al Baqarah: 278-279)
Pokoknya business takaful ini bagus. Niat baik, jalannya baik, hasilnya baik. Selain itu pendapatan as agent pun unlimited, berapa ko mau ko tentukan, then ko usahalah untuk achieve apa yang ko target. Ada bonus, boleh travel sana-sini, arrange waktu kerja sendiri, dan macam-macam lagi benefit as takaful agent. Aku rasa ko pun dah tahu. Mesti korang dah attend mana-mana BOP(Business Opportunity Presentation) kan?
Jadi tak payahlah aku cerita tentang itu. Biar aku cerita tentang cabaran atau requirement paling utama sebagai agent takaful.
Secara umumnya komitmen ejen ni boleh pecah kepada 2 kategori. Pertama adalah company requirement, kedua adalah agency requirement.
COMPANY REQUIREMENTs
1. Training Hour
Perkara pertama yang wajib ko kena jaga adalah training hour. Setiap ejen insuran hayat currently wajib attend 30 hour training dalam setahun. Tak boleh tuang bro. Kalau tak cukup masih boleh appeal, tapi kalau tak bernasib baik boleh terminate contract macam tu aje. Mostly training berkaitan produk etc.
Sehari training 8 jam. 4 hari je training pun.
2. Production
Then korang wajib ada minimum production untuk kekalkan contract. Sebagai contoh ejen PruBsn Takaful perlu untuk membuat jualan minima RM15000 per year untuk kekal kontrak. Kalau tak cukup masih boleh appeal, tapi kalau tak bernasib baik boleh terminate contract macam tu aje.
Cth min production rm15000.
Kes = client sign up takaful
1 kes rm150/minth x 12 bln = rm1800.
8 kes x rm1800 = rm14400. Tak cukup moc.
9 kes x rm1800 = rm16200. Baru cukup moc.
Maka ko kena cari atleast 9 kes setahun baru selamat. Alah 9 kes apa ada hal.
3. Persistency
Ini yang paling susah nak jaga. Wajib jaga dari awal. Sebab ini melibatkan kualiti client ko. Sebab itu untuk menjadi ejen takaful yang berjaya formulanya adalah terletak kepada kualiti client. Tapis dan tapis. Ada banyak perkara untuk menilai kualiti client, tapi yang paling penting adalah kesedaran kepentingan takaful. Kalau aku rajin nanti aku cerita tentang ini.
Persistency. Apa dia persistency? Ringkasnya persistency adalah kadar keupayaan client ko untuk bayar sumbangan takaful mereka. Once sign up, mereka patut bayar takaful mereka tanpa gagal setiap bulan at least untuk setahun pertama. Jika gagal? Akan effect pada ko juga sehingga boleh terminate. Contohnya PruBsn takaful minima persistency adalah 85%. Jika kiraan persistency ko 83%, maka wassalamu lah. Persistency ni masalah kritikal. Payah nak selamat.
Bagaimana tu?
Contoh kiraan mudah
Client A – rm150 x 10bln bayar = rm1500.
Client B – rm150 x 10bln bayar = rm1500.
Client C – rm150 x 10bln bayar = rm1500.
Client D – rm150 x 10bln bayar = rm1500.
Client E – rm150 x 10bln bayar = rm1500.
Client F – rm150 x 10bln bayar = rm1500.
Client G – rm150 x 10bln bayar = rm1500.
Client H – rm150 x 10bln bayar = rm1500.
Client I – rm150 x 10bln bayar = rm1500.
Client J – rm150 x 10bln bayar = rm1500.
Jadi daripada 10 client diatas, semua ada tunggakan lagi 2 bulan.
10 client x rm1500 = rm15000. Sepatutnya setiap client bayar rm1800 setahun, bersamaan rm18000 untuk semua client.
Rm15000 / rm18000 x 100% = 83%.
Disebabkan kurang daripada minima 85%, korang berisiko untuk termination. Sekian.
AGENCY REQUIREMENTs
Business takaful ni business of rejection.
Agensi takaful memainkan peranan besar dalam membantu kejayaan agent takaful. Once ko contract, agensi yang akan support ko. Agency adalah tempat untuk korang belajar business takaful, create team, gain energy. Ko tak boleh simply register this agensi then nak join aktiviti agensi lain. Business takaful ni business of rejection. Kita kena banyak belajar handle rejection. Produk hanya sekeping kertas, orang tak nampak. Thats why peranan agensi ni penting. Kena cari bahu menangis bro hahaha. Agensi wajib ada requirement, kalau agensi takde requirement ko kena hati-hati. Silap gaya ko bungkus awal sebab bila ada requirement means dia cakna pasal ko. Cakna itulah support.
Setiap agensi ada cara tersendiri. Agensi yang bagus mempunyai sistem rekrut ejen yang bagus. Tapi ia terpulang kepada agensi lah. Ada yang tak ada sistem langsung. Terpaksalah korang bawak diri sendiri terkial-kial. Ada agensi pulak banyak sangat aktiviti. Wajib hadir pulak tu. No excuse, memang kena paksa hadir. Tak hadir most probably memang agensi takkan layan ko dah. Korang kena tahu supaya korang boleh decide nak join agensi yang mana. Kena study betul-betul bro. Bukan boleh pakai terjah aje.
Agensi takaful insuran memang sangat memerlukan ejen untuk growth. Untuk diorg growth dari quality agent, ke unit manager, ke agency manager, perlu mencari new recruit dan achieve production tertentu untuk promoted. Nak cari ejen bukan mudah ya. So aku harap ko faham kenapa pemilihan agensi ni penting,
Berikut adalah antara aktiviti biasa agensi yang korang boleh try tanya
- Monthly meeting
- Morning sharing
- Weekly sharing
- Business Opportunity Presentation (BOP)
- Sale activity
- Mid year review, quarterly review
- Agency Planning Workshop (APW)
Kenapa perlu ada aktiviti-aktiviti ni? Business takaful ini tak boleh ambil mudah. Mental cepat koyak. Mesti ada disiplin yang sangat tinggi. Sebab itu agensi terpaksa buat macam-macam aktiviti bagi mengekalkan fokus dan konsistensi. Sesungguhnya business takaful ini amat sibuk kalau betul-betul fokus.
……………………………..
Ini baru requirement company dan agency.
Bagaimana ko punya requirement pulak? Bagaimana ko keep in touch client ko pulak? Bagaimana ko service client ko pulak?
Jadi, part itu boleh cerita panjang lagi pada entry lain. Tapi yang aku share diatas sangat penting ok. Aku harap dengan info ringkas ni dapat membantu korang membuat persediaan sebagai perunding takaful. Kaji company, kaji agensi, kaji market. Jangan terjun buta-buta bro.
So are you ready to accept the challenge? Good luck!
Bye.