Ini adalah entry terkini berkaitan COVID 19.
Selepas mengharungi 3 bulan(Mac, April, Mei 2020) Perintah Kawalaan Pergerakan, kita hampir menang. Pertama kali dalam hidup, berpuasa 30 hari, bersahur, berbuka, bertarawikh dan berhari raya di rumah. Malah membaca sendiri khutbah hari raya bersama keluarga. Alhamdulillah kes menurun, sehinggalah kita dibenarkan untuk kembali kepada kehidupan biasa. Namun keadaan berbeza, amat berbeza. Ramai terkesan daripada PKP ini. Ramai terpaksa mula semula.
Namun begitu atas rasa sedikit selesa, kita mula cuai. Atas dasar keperluan berpolitik keadaan kembali buruk. Entah mengapa kerajaan mampu mengawal rakyat, tapi tidak those big head politicians yang terlalu pentingkan diri sendiri. Daripada seberang bawa ke Semenanjung. Mengabaikan SOP, maka mendapatlah semuanya. Virus yang terkini dikatakan ‘Super Spreader’ yang telah bermutasi dimana ia lebih pantas merebak tetapi dinafikan oleh MKN. Mustahil untuk kerajaan melaksanakan kawalaan pergerakan bersyarat seluruh negara seperti sebelum ini. Jika berulang, entah apa jadi pada ekomi Malaysia yang telah pun terkesan daripada perlaksanaan PKP sebelum ini. Pada hemat aku tindakan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat mengikut zon adalah tepat.
Alhamdulillah setakat ini, Pahang masih clear since last PKP. Semoga Pahang terus begini dan negeri yang terlibat dengan PKPB dapat memutuskan rantaian COVID 19 dengan segera.