Baru ni aku diperkenalkan port baru roti canai sedap di Kuantan.
Gerai Mat Zam-Zam ni terletak di Indera Mahkota 2, berhampiran 7 Eleven IM2. Beroperasi dari jam 4.oo petang sehingga 10.00 malam, setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.
Another Kuantan Blogger
Baru ni aku diperkenalkan port baru roti canai sedap di Kuantan.
Gerai Mat Zam-Zam ni terletak di Indera Mahkota 2, berhampiran 7 Eleven IM2. Beroperasi dari jam 4.oo petang sehingga 10.00 malam, setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.
Baru ni aku bermalam di Tanjong Demong Beach Resort yang terletak di Besut Terengganu. Ini adalah pertama kali aku bermalam di bandar Besut ini alang-alang menghantar anak mendaftar di MRSM Ulul Albab Kota Putra. Resort ini terletak hanya dalam 5 minit sahaja ke sekolah.
So macam biasalah, bila sampai tempat baru kalau ada peluang mesti mau explore tempat makan lokal. Cuma kali ini, kami sempat untuk makan malam sahaja sebab kami sampai dah lewat petang. So disebabkan kepenatan drive 4 jam dari kuantan, aku serahkan tugas mencari lokasi makan malam ni kepada copilot sepenuhnyalah so aku boleh lelap sekejap.
Selepas proses menggoogle, kami pilih Demong Cafe yang terletak tak jauh mana. 2 minit perjalanan sahaja daripada hotel. Review bagus betul dalam google. Korang boleh try google tengok.
Masa kami sampai tu lepas maghrib tak ramai mana. Tak lama lepas tu lebih kurang waktu Isya dah start banyak kereta parking, dan meja pun dah start penuh. Ok memang femes tempat ni.
Secara keseluruhannya kitorang amat berpuas hati. Kedai nampak lama, tapi menu dia boleh tahan. Servis pantas, sedap dan murah!!! Padan la review bagus di Google. Memang ngam dengan anak tekak.
So kalau korang stay sekitar sini boleh cuba lah ya.