Sebenarnya seronok bila kita dapat berkongsi dengan orang lain. Lebih-lebih lagi bila kita dapat membantu menyelesaikan masalah orang lain kan?
Tadi aku hadir dalam satu program The Malaysian Enterpreneurs Festivals 2018 yang dianjurkan di Hotel Vistana Kuantan, Pahang. Ini adalah kali ke 2 aku hadir program begini. Orang jemput kena pergi. Kebetulan hari ni free, pendaftaran free, minum pagi dan tenghari pun free, so boleh lah attend program yang sekadar separuh hari. Hehehe.
Secara umumnya program ini mengumpulkan usahawan-usahawan dan juga organisasi lain yang berkaitan keusahawanan, seperti SME Bank, SSM, KBS, Malaysia Tourism, MOF dan juga servis provider lain seperi DIGI, GRAB, dan lain-lain yang mungkin mendapat manfaat daripada program sebegini. Kehadiran participant tahun ini berbanding tahun lepas seingat aku berkurangan, begitu juga vendor2 lain booth2 pun nampak sangat kurang berbanding tahun lepas. Jadi tak dapat la nak kutip goodies hahaha.
Make Global Goals Local Business
Apa yang aku dapat highlight dan simpulkan daripada ucapan founder TMEF Mr Ng Eng Heng, since 1st event 2017 dan ucapannya hari ini pada 2018 adalah ramai lagi usahawan-usahawan di Malaysia, especially IKS yang tidak mengambil kesempatan sepenuhnya penggunaan teknologi dalam perniagaan. Seingat aku event dulu pun beliau highlight ttg revolusi teknologi digital dalam perniagaan. Begitu juga kali ini termasuk Industrial Revolusi 4.0 IR4.0 yang terkini. Jadi tak peliklah TMEF ini sendiri mempunyai sistem apps sendiri, yang sangat menarik dan tak pernah lagi aku jumpa event organiser lain pakai. Ada QR code, boleh buat lucky draw, feedback, news update dan macam2 lagi. So memang jelaslah halatuju program dan harapan beliau sendiri menggalakkan para usahawan agar berani berubah untuk terus majuke hadapan “adopt and adapt technologies” bersaing dengan pesaing-pesaing luar. Steady boh!
Selain daripada tu panel tahun ni ada yang bawa ttg BlockChain yang turut menarik perhatian aku. Sebab apa menarik perhatian? Sebab ada 2,3 event lain yang pernah aku attend sebelum ini juga cuba menarik ramai org utk sertai BlockChain ni. BlockChain ini adalah satu teknologi digital berkaitan dengan security dan crytocurrency. Even dikalangan penggiat IT pun ia merupakan teknologi baru yang masih kurang difahami ttg applikasinya, tetapi cuba disampaikan dalam seminar2 keusahawanan begini. Kenapa? So ada sesuatu yang perlu diberi perhatian disitu kan? Bila sebut BitCoin baru ramai audience cakap oooooooo… hahaha…
KarunaSarawak pula, sebuah syarikat award winner dalam pembangunan website dan digital marketing turut berkongsi tips dan data statistik berkaitan online dan digital marketing yang menarik, bukan sekadar menjual produk atau perkhidmatan mereka sahaja. Memang terbaik. No doubt the award is yours. Sure bukan murah servis depa ni. Looks very convincing.
Kesimpulannya
Keseluruhannya, TMEF secara umumnya berjaya membawa mesej, atau setidak-tidaknya berjaya create awareness tentang pentingnya teknologi digital kepada perniagaan. Sesuai dengan temanya “Let’s Talk Business, Let’s Talk Digital”. Walaupun pada pandangan aku serba kekurangan, macam kurang support or publisiti, sebagai contoh tiadanya kehadiran masta player Telekm Malaysia, tiadanya real proof, or ikon usahawan iks yang sebelum ini mungkin bergerak secara konvensional tetapi telah berjaya melalui penggunaan teknologi, yang boleh memberi impak dan inspirasi kepada usahawan lain. Mungkin setiap panel just bagi 5-10 minit cukup bercakap, tidaklah nanti melalut sangat. Pandangan aku ler.
Tapi dalam serba kekurangan itu kredit tetap harus diberikan kepada TMEF atas inisiatif program ini yang amat diperlukan bagi mencipta technology awareness kepada para usahawan di Malaysia.
Terima kasih boh.
Ref: TMEF