Salah satu shot HDR yang ditembak di Tanjung Api memberi aku inspirasi kepada “Chaos”…
Special Photography Outing
“SEMPHOT” – A way to freedom photography…
SEMPHOT – Special Photography Outing, yang bakal dianjurkan pada 3 dan 4 April 2010 di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, Putrajaya dan Hulu Yam merupakan suatu program terbaru yang dianjurkan oleh Suku Sakat Raja Lanun dan Gezzeg Photowork. Program ini merupakan suatu program yang merangkumi sesi fotografi potret, jalanan dan lanskap yang dianjurkan secara PERCUMA tanpa kos untuk disertai oleh semua pihak yang berminat.
SEMPHOT merupakan satu solusi kepada Suku Sakat RajaLanun dan Gezzeg Photowork team yang menghadapi tekanan mental dan fizikal dalam melaksanakan tuagasan kami sebagai wedding photographer. Wooooo giler tensen wt job wedding ni oooo. Paling tensen adalah dalam menyiapkan album-album. Dari proses pemilihan gambar-gambar terbaik, kemudian proses editing dan design sehinggalah ke proses mencetak album. Ketelitian sangatlah penting dalam menyiapkan album untuk memastikan proses delivery nanti takde masalah. Sapelah taknak tengok customer tersnyum simpul bila dapat album. Itulah matlamat yang disasarkan sebagai seorang jurufoto perkahwinan.
Berbalik kepada SEMPHOT. Ia adalah percuma sepenuhnya. Segala kos, ditanggung sendiri. Mengapa percuma? kerana program ini asalnya dirancang untuk team kami keluar dari kepompong wedding photography dan mencuba skil2 baru. So ia seperti suatu freedom kepada kami. Jadi segala program yang dirancang merangkumi semua, dari potret kepada jalanan, kepada nightshoot, dan juga konsepsual. Selain itu kami juga ingin berkenalan lah dengan rakan2 baru kat luar sana tu, jumpa kawan2 lama yang berjuang dalam seni fotografi ini sekian lama. Ada sesetengahnya tak pernah berjumpa pun, sekadar tegur di yahoo messanger or facebook sahaja.
So jika korang berpeluang. Join lah program kami, paling tak sempat pun Teh Tarik session pn jadi ok??