June 2011, setahun sudah aku gantung kamera dalam industri jurufoto perkahwinan. Namun, Gezzeg Photowork masih lagi beroperasi seperti biasa dalam industri jurufoto perkahwinan, diterajui oleh Tom Ramzul, Khairul Fardlie, Yusrizal, Fakhrul Najmi, Afif dan disertai muka-muka baru, Fir, Amin, Fuad dan Ashraf.
Adalah sesuatu yang mustahil mengenepikan pasaran perkahwinan daripada dimasukkan sebagai salah satu target market sedangkan ia merupakan suatu sumber pasaran yang baik. Namun, tidak dinafikan pasaran jurufoto perkahwinan, sedang melalui satu fasa lambakan jurufoto baru yang memberi impak yang sangat ketara kepada jurufoto sedia ada. Sana sini melantun-lantun keluhan jurufoto-jurufoto berkaitan pasaran semasa. Persaingan dari segi kemahiran yang semakin tinggi, tawaran harga perkhidmatan menjadi isu-isu hangat diperkatakan. Sehingga bila dibangkitkan oleh sesiapa sahaja sama ada dalam perbualan atau posting di FB, pasti berlarutan, namun tiada penghujungnya. Berleret percubaan untuk diketengahkan, namun masih gagal mencari penyelesaian. Kita masih gagal bersatu. Itulah hakikatnya.
Manakala bila dipertimbangkan dan diterjah pasaran komersil, persaingan tidak kurang hebatnya. Masalah utama adalah kurangnya pengalaman dan kemahiran untuk bersaing dalam industri komersil tempatan, belum lagi antarabangsa. Selain ditambah pula peluang yang ada amat kurang dan persaingan harga yang tidak munasabah.
Terima sahaja hakikat bahawa, tidak semua orang mementingkan kualiti. Ramai yang masih mementingkan kuantiti. Maka disebabkan ini, sesiapa sahaja, yang kreatif dan berani, sudah mampu memulakan perniagaan dalam industri fotografi dipetang hari, walaupun baru membeli kamera dipagi hari. Cukuplah sekadar memastikan poket-poket kosong berisi diakhir-akhir bulan. Hakikatnya yang akan mati, mereka yang sepenuh masa berusaha mencari sesuap nasi dalam industri ini walaupun mereka dari segi pengalaman, kemahiran dan pengetahuan mampu memartabatkan industri fotografi ke peringkat lebih tinggi.
Oleh itu, dalam suatu tempoh. Aku mencari sesuatu untuk dilakukan dengan pelaburan-pelaburan aku dalam industri fotografi ini selain industri perkahwinan. Yelah, kamera masih ada, lense masih ada. Macam2 persoalan bermain dalam fikiran ni.
Persoakan 1: Hari-hari nak keluar shoot apa eh? Sunset dan sunrise? Macro?Atau HDR? Model? Model? Model? Boleh tuju lagu?
Persoalan 2: Lokasi?Kemana? Bawah jambatan? TC? Balok? Batu Gajah? Panching? Sungai Lembing? Balik2 tempat sama. Angle sama. Aku kena culik bunian ker?
Persoalan 3: Shoot beribu2, Edit berjam2, Up kat blog, up kat FB. Orang wow sana, wow sini, superb sana, superb sini. Kritik sana, comment sini. Telus ke? Jujur ke? Ye dop? Berdarah telinga kena hentam. Adus.
Persoalan 4: Kalau buat wedding boleh lah nak cari side income. Kalau shoot gambar landscape? macro? concept? Takkan simpan saja dalam ipad 2? Semua cantik2, semua composition ada dalam sekeping gambar kalau nak ceritalah! Bagai nak pecah bincang pasal EXIF. Mantap tu! (masa kecik2 saya bercita2 nak jadi Doktor, macam Dr Ali ye, Dr Jamal pun boleh! Boleh gi jalan2 selalu. Saya tak nak jadi fotografer)
Persoalan 5: Ko bagus editing? Ko bagus manipulation? Ko bagus illustrator? Tapi mana market bagus2 untuk ko?
dan banyak lagi persoalan demi persoalan timbul mencari penyelesaian bagaimana menjana pendapatan daripada fotografi…
Setelah 4 tahun berkecimpung dalam wedding fotografi. Akhirnya ada seorang sahabat yang juga aktif dalam wedding photography dari Melaka, kawan lama yang tiba2 muncul membawa satu jawapan yang lebih kepada peringatan kepada saya. (Tq bro Sydeen – FB: Saidin Jusoh). Jawapan persoalan diatas adalah stock photography.
STOCK PHOTOGRAPHY
Sebenarnya stock photography ni dah lama. Aku sendiri dah register di Dreamstime.com sejak 2006. Itu adalah tahun aku mula pegang camera, dan aku masih suci murni (Sehingga hari ini tau hahahah). Aku masih ingat, masa itu aku join TT bersama Ali Nubli dan rakan2 lain dan ada jurufoto yang lebih arif bangkitkan tentang stock photography ini. Aku join tetapi sekadar nak ambil tahu. Masa itu aku ambil gambar pun tak tau macam mana, selain fokus aku masa itu adalah wedding photography. Jadi sekadar register, tak pernah up gambar, maka akaun saya hanyut sehingga lah hari ini.
Aku baru sahaja aktif kembali dalam Stock Photography ini. Permulaannya sekadar suka2. Yelah, rasa ramai tau yang Gezzeg Photowork baru pindah ke studio baru dari Kompleks Teruntum. So, bila ada studio apa mau bikin? Sudah lama tinggal lampu cap ayam aku kat rumah, jadi mulalah aktiviti bermain lampu. Daripada situ aku mula mencampakkan gambar-gambar aku ke beberapa agensi stock photography. Itulah yang korang nampak melantun2 kat Facebook tu.
Aku tidak mahu bercerita tentang teknikal berkaitan stock photography ini. Tetapi aku nak kongsi dengan korang peluang pasaran stock photography ini.
Apa Stock Photography?
Stock Photography ini adalah salah satu pasaran yang membolehkan korang menjual gambar melalui agensi-agensi yang Stock Photography, melalui pakej2 lesen yang disediakan mengikut keperluan mereka-mereka yang berminat. Ini bermaksud anda memberi lesen kepada org lain untuk menggunakan gambar berkenaan dengan harga yang telah ditetapkan. Ini bermaksud Hak Cipta gambar masih anda punya, tetapi anda lesenkan untuk kegunaan orang lain. Anda juga boleh jual Hak Cipta. (Jika pakar2 stock membaca artikel ini, minta kerjasama betulkan kalau silap pemahaman saya). Stock photography ni ada beberapa kategori. Antaranya Royalty Free Stock Photography , Microstock Photography dan Right Managed Stock Photography.
Mengapa Stock Photography
- Mudah – Tidak perlu sebarang qualification. Anda ada kamera yang memenuhi keperluan agensi. Anda boleh ambil gambar dan hantar.
- Idea & Concept Bebas – Apa sahaja idea. Konsep yang mempunyai unsur-unsur komersil boleh dihantar. Kategori yang luas, daripada lifestyle, business, food, abstract, human, construction dan lain2. Sangat luas.
- Kategori Fotografi Bebas – Potrait, Landscape, Macro, Outdoor, Indoor, B&W semua boleh dihantar.
- Manipulasi Dibenarkan – Percaya atau tidak. Dulu kalau ada idea2 dan konsep yang memerlukan manipulasi sekadar simpan di komputer. Sekarang ada tempat untuk dijual!
- Market Terbuka – Gambar-gambar korang akan bersaing secara international. Harga dikawal oleh agensi. Maka, walau pro tahap mana sekali pun, gambar tuan akan direview terlebih dahulu dan didownload jika diperlukan oleh pembeli seluruh dunia! Persaingan sama rata!
- Pembelian Repetative – Segala gambar atau illustrasi boleh didownload berulang-ulang kali. Ini bermaksud, daripada sekeping gambar, boleh menghasilkan income berterusan. Makin tinggi volume download, makin banyak payment anda dapat.
- Paling Penting: Gambar anda tidak akan sia-sia, jika ada nilai komersil. Pasti ada pembeli! Outing anda akan jadi lebih kemas, dari segi teknikal dan konsep. Membantu anda jadi jurufoto lebih baik.
So apa pandangan tuan2? Adakah rugi untuk mencuba?
Bagaimana memulakan Stock Photography?
Terdapat banyak agensi stock photography diluar sana. Buat permulaan tuan2 boleh mencuba agensi2 berikut mengikut pengalaman saya:
Aku rasa takat ini dulu lah. Panjang dah siot aku taip ni. So boleh dah tu start pelan2 kayoh!!! Selamat mencuba! Sekiranya tuan2 berminat untuk melibatkan diri dalam stock photography ini, sila sebarkan kepada rakan2 lain. Aku sedang mencuba membawa industri ini di Kuantan. Harap dapat support daripada semua. Thanks!
u/p: Saya tidak menjual produk2 MLM. Apa yang ada sekadar pergkongsian maklumat. Terima kasih.