Bila Google mula treat HTTP as not secure, maka merabanlah kita mencari jalan nak membantu customer yang dah beli domain dan hosting yang takde HTTPS. Bukan setakat sakit mata, sakit hati juga sebab setiap kali reload page, korang terpaksa klik pada “Proceed to…” dan banyak task lain tak boleh buat sebab keluar warning page sebegitu. Jadi nak tak nak kena cari jalan macam mana nak setel. Kalau customer jenis banyak duit, boleh lah mintak bajet untuk beli SSL. Sebaliknya kalau customer takde bajet, macam mana nak buat? Aiyo confirm tak boleh siap website ni oit. Bising la jawabnya.
Mujurlah ada sesetengah hosting dah prepare siap-siap bantu sediakan free SSL. Atas nasib. Sebab tak semua, contohnya ada satu customer ni beli domain dari GoDaddy, yang memang takde khidmat free ssl ni. Memang kena masuk check list setiap kali nak buat website customer yang dah ada exist website. So takdela kita pulak nak kena tanggung.
Mujurlah selepas google, sebenarnya masih ada cara untuk dapatkan free ssl secara manual dengan menggunakan perkhidmatan https://zerossl.com/. So boleh try pada sesiapa yang guna servis GoDaddy.com.