Bila hidup zaman digital ni. Perkara paling bernilai adalah data. Bukan sekadar data kerja di pejabat sahaja bernilai, data peribadi seperti nombor telefon, email, foto dan video keluarga handai juga amat bernilai. Malah lebih bernilai daripada data kerja kot 😛 ? Boleh bawa kemurungan seumur hidup tu kalau tak kena gaya. Hehehe.
Baru ni aku nyaris kehilangan data penting apabila tiba-tiba memory card yang digunakan pada GoPro aku tiba-tiba keluar mesej “Memory Card Corrupt”. Time tu pulak aku sedang bercuti bersama keluarga, dah hari ke 2, memang belum backup apa pun lagi. Memang spoil habis mood aku masa tu. 99% dalam hati dah prepare untuk redha klip video tak boleh diselamatkan, 1% sahaja rasa tawakkal boleh diselamatkan. Mujur ada second action cam lain boleh digunakan. Memang terus simpan GoPro tu weh. Hahaha. Pengalaman sebelum ni memang tipis lah nak dapat data balik. Lebih lagi bila memori kad rosak.
So balik dari holiday, selepas dah lega sikit dalam 2,3 hari. Dah hilang kemurungan sikit baru aku buka balik GoPro tu untuk buat misi menyelamat. Sebelum tu aku dah google sikit informasi berkaitan data recovery. Walaupun 1% tawakal, kita kena usaha dulu hahaha. Review di internet ada yang cakap berjaya, ada yang tidak. Haish. Takpalah yang penting ada yang berjaya!!! Hehe.
Selepas aku mencuba beberapa perisian dan gagal, ada seorang sahabat rekemen untuk mencuba perisian Recuva. Thanks Mashka you are my hero! Tqvm! Recuva ni ada dua versi, percuma dan berbayar. Percuma sudah cukup untuk buat recovery memory card. Kalau berbayar boleh support recovery hard disk.
Alhamdulillah, proses penyelamatan berjaya dengan Recuva! Semua video clips sebelum format terakhir berjaya dapat balik. Syukur ya Allah.
Tips: Bila nak buat data recovery ni, apa yang penting memori kad mesti masih elok. Even kita dah format, tetapi pastikan ia masih boleh digunakan. Jika masih boleh dipakai, means data sebelum format terakhir itu masih berpeluang diselamatkan. InsyaAllah! Positif beb positif!!!
Jadi jika korang menghadapi masalah memori kad korup, boleh cuba format jika perlu. Kemudian cuba guna perisian data recovery seperti Recuva ini untuk dapatkan balik data korang. InsyaAllah, semoga berjaya ya! Amin.