Sebagai pengguna Proton untuk beberapa tahun ni, aku masih menggunakan khidmat Proton Service Centre.
Kalau ko di Kuantan, ada 2 branch yang aku boleh rekemen(sebab pernah pergi) iaitu SC Semambu dan SC PFAS di jalan bukit ubi. Ada satu yang terkini SC Indera Mahkota pun ada kata ok, aku tak pernah servis kat sana lagi. Mungkin ada lagi yang lain, tapi biasanya yang disebut 3 ni. Aku biasa hantar ke PFAS dan Semambu.
PFAS vs SC Semambu
Ada sedikit perbezaan antara SC Semambu dan PFAS ni. Kalau di semambu, antara paling besar dan paling sibuk, korang kena set appointment awal, sekurang-kurangnya sehari sebelum sebelum hantar kenderaan korang. Tak digalakkan walkin. Walaupun tempatnya lebih besar dan selesa, tetapi memang ramai hantar ke sana. Mereka operate 7 hari seminggu. Jadi advantage kalau korang yang free weekend.
Sebaliknya PFAS ni pulak, ko boleh terus walkin ke sana terus. Tapi janganlah pergi lewat petang sangat. Isnin sampai Jumaat, Sabtu separuh hari. Setakat ni pada aku mudah sikitlah sebab lokasinya yang lebih dekat di bandar Kuantan, kemudian tak perlu nak set appointment yang biasanya aku selalu lupa. Harga pun macam murah sikit, cuma servis tak berapa nampak gah macam di semambu, tapi pada aku ok. Diorang masih jaga kualiti, even lepas servis sehari dua selepas tu mesti diorang call aku follow up tanya macam mana keadaan kenderaan selepas servis tanpa gagal ok.
Isu Bateri
Bercakap tentang servis proton ni aku ada satu pengalaman buat report tentang SC Semambu sebab tak puas hati tentang kesulitan yang timbul waktu itu yang pada hemat aku tak sepatutnya berlaku. Pendek cerita tentang report tu, masa hantar servis di SC Semambu bateri aku kong, then diorg takde bateri spare untuk teruskan servis, aku kena datang bawa bateri baru, then baru boleh continue, waktu tu dah lewat petang dan aku pula berada di lokasi lain. SC pulak tak jual bateri, adui hahaha. Aku pun report terus la ke HQ. Niat aku cuma nak luahkan perasaan je, dah lah kereta tak ada, macam mana aku nak pergi cari bateri pulak kan? Proton HQ sangat pantas bertindak kerana selepas aku buat report tu terus diorang gegar SC Semambu, marah pulak SC Semambu kat aku. Thumbs up to Proton, bertabahlah branch SC Semambu. Sesekali hq tegur…
Tapi apa nak buat. Pada aku perkara macam tu tak boleh berlaku. Kalau kawan aku tak datang pickup aku cari bateri memang tak siaplah.
So gitulah aku share serba sedikit pengalaman tentang servis di Proton. Secara umumnya semua ok, cuma biasalah sesekali tak bernasib baik. Satu lagi yang aku kurang berkenan Proton SC ni kebanyakannya tak jual aksesori. Nak beli mentol pun tak ada. Terpaksa order luar. Aku masih lagi pergi SC Semambu atau PFAS. Takda masalah lain pun setakat ni.