Kalau korang mencari lokasi untuk membeli juadah sarapan pagi bolehlah try singgah di gerai Aneka Kuih Tradisional yang terletak di Tanah Putih, Kuantan. Especially korang yang mencari gerai yang mudah untuk “takeaway” disebabkan keadaan awal pagi yang selalunya sesak di jalan Kuantan-Gambang berhampiran Tanah putih dan Batu Tiga. Lokasi gerai amat strategik kerana terletak di tepi jalan dan luas untuk parking sebentar untuk singgah membeli.
[Read more…] about Aneka Kuih Tradisionalroti jala
Breakfast di De Aisyah Kuantan
Baru ni aku sekeluarga patutnya join kursus haji di masjid jamek batu 8. Tapi alkisahnya, baru beberapa ratus meter, tayar kereta pancit. Check ingatkan kurang angin, sekali flat terus, tayar dah bocor sebelah dalam rupanya. Memang kena tukar dah. Terpaksalah tukar tayar spare dahulu. Nasih baik la tayar spare elok lagi. Boleh tahan juga nak tukar tayar ni dah lama tak buat. Basah kuyup buat dek peluh.
Lepas je tukar tayar, misi ditukar. Mood nak gi kursus pun kelaut sebab dah lambat. Maka bawalah semua pergi minum pagi. Di Kuantan ni sebenarnya ada banyak juga option untuk minum pagi ni. Disebabkan ketika itu berada di jalan by-pass, maka terus saha aku memandu ke Restoran De Aisyah yang terletak di jalan by-pass Kuantan, berhampiran dengan airport kuantan.
De Aisyah ni lebih kepada konsep foodcourt, ada beberapa peniaga makanan yang sewa tapak niaga dengan owner De Aisyah ni la. So antara menu meletop yang korang boleh try kat sini adalah
- Nasi Kerabu Kemira
- Mee / Hoon Sup Kemira
- Nasi Lemak Beraneka Lauk
- Lempeng Kelapa
- Roti Jala
- Beraneka Kuih Muih
Memang meriah kalau minum pagi kat sini, memang kalau salah timing parking pun agak susah. Personally memang aku rekemen la bawak keluarga sesekali turun kuantan breakfast kat sini. InsyaAllah puas ati.