Salah satu lokasi yang banyak pilihan tempat makan di Kuantan adalah Taman Gelora. Haritu aku ada review tentang Coconut Shake Gegor. Kali ni aku nak share tentang legendary Rojak Pak Lah. So kalau korang mencari rojak, boleh try rojak Pak Lah ni. Disini juga ada nasi ayam.
Rojak Pak Lah ni boleh consider legend sebab dah terlalu lama di Taman Gelora ni. Bukan setakat lama, rasanya pun sedap juga! Aku kalau makan rojak disini memang puas hati sebab dia letak macam-macam dan banyak pulak tu. Ko tengok aku order kali ni, memang rasa menyesal. Jenuh nak kena habiskan.
So nantilah rojak Pak Lah ni. Dibuka hari bekerja, tengahari sampai petang, weekend aku tak pasti.