Macam biasalah bila nak masuk tahun baru. Semua orang akan pasang plan. Semua orang akan pasang azam. Walaupun azam bertahun-tahun lepas pun tak setel lagi. Wahahah!
So apa rancangan korang pada 2018? Kalau cakap pasal master plan besar sangat. Kecikkan scope sikit, focus on skills sudah. Orang yang minat masak, skill masak lah. Orang suka buat kek, skill buat kek lah. Untuk org IT cam aku opkos la ada cara tersendiri, personally adalah beberapa perkara duk bermain di fikiran lately. Hurmmm… ada orang kata, bila share plan kita pada orang biasanya tak jadi. Ntah ler, daripada duk dalam kepala, better try write it down. Hahaha. So mari kita lihat…
Perkara Untuk Dibuat
- Channel Youtube
- Dah lama sebenarnya nak buat video tutorial ni. Akaun youtube baru dah ada, tapi tu ler, setakat akaun aje ler. Dulu zaman aktif foto pernah buat tutorial ni, sempatlah 2, 3 clips tutorial. Tapi sebab masa tu youtube tak secanggih sekarang dan capaian broadband amat jauh berbanding sekarang so terabai lah projek tu. Sekarang mari kita cuba try serious beralih daripada sharing menggunakan blog je, kita upgrade sikit kepada video. So lepas ni nak cuba rekod tutorial dalam bentuk video pulak ler. So korang nak request aku buat tutorial apa? Ada apa yang boleh bantu? Meh bagi idea nak masukkan dalam list. Atau nak bagi cadangan ke support ke meh. Hehehe.
- Microstock
- Antara sasaran lain juga adalah untuk melapangkan masa untuk menambah koleksi microstock. Aduhai, bab microstock ni memang sedih lah weh. Lama sangat dah tak aktifnya. Kamera pun dah berhabuk dalam drybox. Semua stock yang ada cuma yang lama-lama. Nasib baik la sale ada. So next year kena cari masa allocate masa untuk microstock ni. Kena cari “PUSH FACTO” untuk terus konsisten. Jangan hangat-hangat tahi ayam macam tahun sudah. Easy to distract. Hurmmm… Jadi sudah tentu adalah aktiviti lain yang terkorban. Btw korang tak nak join ke buat duit melalui microstock ni? Tahu tak apa microstock? Haaa.. rugi kalau tak ambil tahu…
- Training / Workshop / Sharing / TT
- Whoaaaa cam banyak je hahaha. Next year try nak aktifkan balik aktiviti training. Seriously rindu sebenarnya buat training ni. Rindu nak jumpa orang, sharing dan gain new thing. Bila buat training ni secara tak langsung dengan aku sekali belajar benda baru. Antara training yang mungkin akan diadakan 2018 adalah training microstock dan website.
Perkara Untuk Explore