Azab weh waktu masik status perokok dalam bulan Ramadhan dulu. Bukan tak tahan disiang hari… waktu siang hari kita steady haaa… nak tahu time bila paling azab pada aku? Boleh tonton video berikut. Sila komen korang pulak macam mana? Jangan lupa like dan subscribe ya!
ramadhan
Nafas Baru: 5 Tips Percubaan Berhenti Merokok Sempena Ramadhan
Lama sungguh aku tak update blog aku ni. Bersawang bagai dah.
Alhamdulillah, dalam beberapa jam sahaja lagi kita akan memasuki 1 Ramadhan 1439H, dan insyaAllah malam ni kita semua berpeluang, untuk menunaikan ibadah solat terawikh di surau atau masjid.
Straight to the point. Seperti yang umum tahu, Ramadhan ini bukan sekadar aktiviti berlapar dan dahaga, banyak hikmah Ramadhan yang perlu kita hayati sebaik-baiknya. Kalau nak kupas satu-satu, tak habis barangkali, dan aku juga bukanlah ahlinya. Namun sebagai seorang muslim tiada ragu-ragu kelebihan Ramadhan kepada kita semua.
So aku nak tanya, ada tak yang nak berhenti merokok dalam Ramadhan ni?
Haaa.. aku nak share beberapa tips, aku nak cabar korang buat tips-tips berikut sepanjang bulan Ramadhan ni! Silap hari bulan korang boleh berhenti terus! Jangan sahut cabaran aku, ko cabar diri ko sendiri lah! Tengok berapa jauh boleh pergi!
5 tips Percubaan Berhenti Merokok Sempena Ramadhan.
- Lewat2kan merokok
- Cuba ambil peluang Ramadhan ni, selepas berbuka delaykan rokok yang pertama tu. Aku tahulah macam mana perasaan korang nak merokok tu. Kecur air liur. Tapi cuba delaykan selewat yang mungkin. Lagi lama lagi bagus.
- Tinggal2kan rokok
- Bang, nak gi ishak kat surau tu tinggalkan aje kotak rokok tu kat rumah. Balik nanti la hisap. Nak hisap rokok kat masjid pun kena duduk luar pagar dah sekarang. Hehehe.
- Kurangkan minuman manis
- Haaa. Kenapa kurangkan minuman manis? Hahaha. Hanya perokok yang tahu, sambil minum teh tarik, dapat sepam dua syiok wooo.. betol tak? Hahaha. So elakkan terus lagi bagus minum manis ni. Tak elok pun.
- Banyakkan minum air kosong
- Air kosong sangat bagus untuk badan kita. Pastikan dapat minum sekurang2nya 3 liter air kosong sehari. (Jenuh juga dalam Ramadhan). Biar terpaksa selalu berulang alik ke toilet, secara tak langsung dapat membnatu flush keluar semua nikotin dalam badan hehehe.
- Kurangkan keluar ngeteh
- Haaa. Kalau dalam proses nak berhenti merokok, memang mau tak mau, elakkan la keluar ngeteh. Bila jumpa kawan2 yang buat2 tak paham yang ko tengah nak berhenti rokok, saje je dia offer rokok kat ko secara percuma. Selama ko hisap rokok biasa dia yang pau ko. Hantu betei.
- Sentiasa dalam keadaan berwudu’ dan perbanyakkan membaca quran
- Antara masalah orang yang baru berhenti merokok ni, dia ada rasa “boring”. Biasa time2 boring tu lah dia akan nyala sebatang dua. Hahaha. Jadinya di kesempatan Ramadhan ini boleh lah gunakan masa yang ada tu, untuk membaca Al – Quran. Sambil2 proses nak quit smoking, kita double triplekan ganjaran ibadah puasa kita. InsyAllah, Allah dengar doa kita nak quit smoking tu…
So itu ajelah tips untuk percubaan berhenti merokok sempena Ramadhan ni. Hebat tu bro kalau dapat quit dalam Ramadhan. Siyes hebat! Busuk bau rokok jadi bau syurga gitu! InsyaAllah.
Ada sapa2 nak join group WhatsApp Nafas Baru Ramadhan 1439H? Terdiri daripada kawan2 yang dah berjaya berhenti merokok yang bersedia berkongsi tips untuk berhenti. InsyaAllah.
Klik link berikut https://chat.whatsapp.com/ERM2Iy4GDxq1Uzav27nSIa
Selamat mencuba dan selamat berpuasa ya!
#BebasRokok
#BebasNikotin
#RetiredSmokers
#NafasBaruRamadhan1439H
Ramadhan 1433H
Salam Ramadhan. Agak lewat entry kali ini.
Hari ini 4 bulan selepas last artikel aku. Ini bulan Ogos 2012.
Hari ini hari ke 18 Ramadhan 1433H.
Hari ini hari ke 18, aku berpuasa tanpa ROKOK. Hahahha.
So macam-macam hal berlaku hari ini. Semua atas bagaimana kita melihat dunia. Positif yang kita nampak, positif lah sepanjang hari, negatif kita nampak, negatif lah persepsi kita. [Read more…] about Ramadhan 1433H