Lama tak layan potret best gak! Hurmmm… nak shoot kiddos mmg susah!
RajaLanun Artwall
GAMBLESCRAMBLE
Gambar besar http://farm5.static.flickr.com/4125/4847360428_c19647d66f_b.jpg
Salam,
Photo manipulation diatas adalah hasil outing dengan saudara Erwin aka JEBON506. Actually bukan aku yang plan, aku yang join dia outing yang diadakan pagi sabtu minggu lepas. Aku memang tak tido malam tu dok menyiapkan ARTWALL RAJALANUN yang sudah pun beroperasi sekarang. So disebabkan malas tido terus, lagi pun dia mesej aku takde orang lain dah join projek tu, tempat lak leh cakap dekat jugak la, so tak pikir panjang aku join ajer.
Mula-mula mengadap depan pc, puas jugak la fikir camne nak manipulate gambo2 ni. Sebab, aku shoot secara bebas, tanpa menggunakan tripod, maka perspektif bagi setiap photo berubah, lebih2 lagi dari awal lagi, aku takde la merancang untuk create artwork masa tag dengan erwin. Yelah, kepala tengah stone, aku ikut je erwin nak shoot macam mana. Tapi aku bagilah cadangan camne nak shoot, supaya jalan cerita dia simple tapi leh jadi exercise untuk manipulation.
Bila shoot cara bebas, kena la edit satu demi satu. Cropping kena kemas, blending kena kemas, exposure semestinya kena betul. Nasib baik gambar aku cukup untuk create perspektif bagi memudahkan proses manipulasi tu. Kalau shoot pakai tripod, mudah sket, tapi ada leceh jugak. Ko tak leh alih kamera langsung, tapi model2 ko la plak kena disesuaikan dengan angle ko. Tapi itu semua masalah2 kecik je. Sebab masa editing nanti mungkin kerja ko mudah sket berbanding dengan cara shoot cara bebas.
Apa pun, terima kasih pada 3 model motocross tu, en Syahrir, Amli & sorang lagi yang ku tak igt namanya. Korang memang beh dan sporting. Moga kita dapat jumpa lagi utk sesi manipulasi akan datang beb.
p/s: Aku rasa nak up gambar2 original lah… amacam?
Launching Of RAJALANUN ARTWALL!!!
Salam Pagi Jumaat & Hi pada semua!!
Aku dengan berdekah2 batuk dan selsema, sebelum aku sumbat ubat batuk dan selsema, yang membuat aku makin stim, dengan berbesar hatinya merasmikan laman web baru RAJALANUN. Kali ini agak berbeza sedikit. Selepas diserang trojan yang parah, 2-3 bulan lepas. Aku amek inisiatif untuk menukarkan operasi laman web Rajalanun.com. Kali ni, aku perkenalkan konsep baru iaitu “RAJALANUN ARTWALL“.
RajaLanun Artwall merupakan satu bentuk laman web yang menyediakan ruang untuk para pengkarya foto+grafik untuk membersembahkan karya masing-masing. Ia merupakan platform internet yang membenarkan, para pengkarya kita, untuk post karya-karya mereka, dimana melibatkan karya-karya yang mempunyai unsur-unsur foto dan grafik seperti strobist, foto manipulasi, hdr, illustrasi dan lain2 karya yang bersifat kreatif.
Kelebihan RajaLanun Artwall ini adalah, setiap karya boleh dikongsikan di Facebook dan juga Twitter serta boleh di vote oleh para pelawat. Terdapat rangking karya2 yang paling banyak diundi, sebagai penghargaan kepada karya2 mereka yang terbaik. Karya2 ini juga dapat dikomen, dimana ini memberi ruang kepada para pengkritik untuk membantu pengkarya-pengkarya baru untuk terus memajukan diri mereka dengan bantuan rakan-rakan pengkarya yang lain.
Aku mengharapkan platform ini digunakan sebagai pemangkin kepada pengkarya-pengkarya kita untuk terus berusaha untuk menghasilkan karya-karya mereka. Ia adalah terbuka kepada semua, cuma register guna email dan password sahaja. Activation trough email korang. Tiada cas dikenakan. Semuanya adalah percuma.
RajaLanun Artwall merupakan terjemahan idea, kenginan dan passion aku kepada web programming, wordpress, fotografi dan grafik. Alhamdulillah at least ada something aku bley wat untuk rakan2 diluar sana. Aku tak lupekan korang bro. Thanks to all photographer, webdesigner dan designer2 yang banyak bagi support untuk merealisasikan platform RAJALANUN ARTWALL ini. Jasamu dikenang!
Pada ketika launching ini, terdapat minor issue on Internet Explorer yang akan diselesaikan ASAP. Mmmg kurang asam tol IE neh! muahahah. tapi takpa, akan ku cari ke lobang cacing penyelesaiannya!
Terima kasih kerana mengundi,
RajaLanun.
p/s: sorry lama tak update, bz kat Artwork RAJALANUN!