Kanak2 zaman sekarang ni sangat kompetatif. Dengan sistem pendidikan di Malaysia ni yang luarbiasa. Apa yang luarbiasa? Pada aku KBAT tu luarbiasalah. Sebab bila aku baca soalan, aku sendiri pun tak paham. Belum lagi yang lain2 tu. Hahaha bukan zaman kita dah, zaman diorang. Makin lama, makin hebat. Tapi tengok memang terseksa lah budak2 ni. Kita nak tolong pun jem. Tapi apakah daya itulah sistem pendidikan Malaysia, mau atau tidak, kena buat juga. Seiring kemajuan negara!
So pendek cerita, disebabkan sistem yang presssure tu, ada tak korang hantar anak2 tu buat aktiviti luar?
Yelah macam kelas muzik ke? …
Kelas berenang ke? …
Kelas melukis ke? …
Ada tak yang pernah masukkan anak ke kelas robotik? … ha?
Kelas robotik?
Hahaha. Adui makin stress bunyinya. Tapi cuba tanya budak2 nak tak belajar camne nak buat robot transformers? Sure melompat punya! Hahaha. Hati2 ya bersedia dengan segala pujuk rayu bila dia dah tahu. Silap hari bulan mak ayah pulak stress kalau tak hantar.
Asalnya aku mencari idea nak perkenalkan pengetahuan programming kepada anak aku. Datang idea pasal kelas robotik ini. So apa lagi google la, dan aku ada jumpa satu kelas robotik di Kuantan ni. Hq asalnya adalah di Shah Alam. Tapi disebabkan mendapat sambutan menggalakkan sampai ada yang dari Muadzam Shah, Pekan, Kuantan turun Shah Alam hujung minggu untuk attend kelas so depa pun buka cawangan di Kuantan.[singlepic id=78 w= h= float=right]
Kelebihan
Bagusnya kelas diorg ni adalah sehari satu module habis. Maksudnya, boleh bayar hari. Ada banyak module yang boleh dipilih. Sama ada nak pilih module atau nak sign up untuk semua module. Jadi ada option bagi parent yang tak mampu dari segi kewangan dan masa untuk menguruskan anak. Buat masa ni yuran adalah rm70 per module. Kalau tak silap ada 12 module. Bengkok juga nak bayar tu. Mereka akan sediakan semua komponen robot dan juga module programming yang diperlukan. Dalam bengkel ini juga pelajar dikehendaki untuk buat presention setiap kali module disiapkan.
Keperluan
Untuk join bengkel nk ni takde pulak mention spesifik umur berapa, tp sekitar 9, 10 tahun dah boleh rasanya. Antara keperluan untuk join bengkel ni adalah atleast depa ada asas menggunakan komputer. Takde la nnt terkial2 bila cikgu suruh pegang mouse, suruh left click right click, etc. Selain tu adalah lebih baik membawa notebook sendiri, so apa yang depa buat dapat bawak balik.
[ngg_images source=”galleries” container_ids=”4″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”0″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”75″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”35″ number_of_columns=”0″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”1″ slideshow_link_text=”[Show as slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”500″]
Akhir Kata
Bila tengok feedback pelajar yang hadir semuanya memang seronok. Majoriti pelajar sudah tentu lelaki. Tetapi, pelajar pwrempuan pun sama naik excited dengan peojek robotik mereka.
Yelah daripada mengadap ipad 24 jam. Baik diorg buat aktiviti macam ni. Kan? So sesiapa yang berminat boleh lah hubungi mereka seperti dalam poster berikut