Disebabkan musim PKP2.0, nak buat aktiviti riadah juga terbatas. Kita dibenarkan jogging dan berbasikal hanya di kawasan perumahan dan terhad kepada dua orang sahaja pada satu-satu masa. Penjarakan antara individu juga harus 1 meter di antara satu sama lain.
Sekali baca, memang masih kurang jelas syarat yang dikenakan. Adakah syarat tersebut khas untuk orang dewasa sahaja? Bagaimana jika satu keluarga yang lebih daripada 2 orang? Bagaimana pula dengan kanak-kanak? Adakah kanak-kanak tidak dibenarkan terus beriadah dan bermain diluar? Banyak pulak soalan ni hahaha.