- Bila menceburkan diri dalam industri fotovideo pasti kita akan akan ada shoot potret individu.
- Secara professional, kita tidak boleh mengambil gambar orang lain sesuka hati tanpa kebenaran kecuali untuk rekod berita (newsworthy). Sebagai contoh, kita mengambil gambar perasmian muzium oleh Yang Dipertuan Agong, maka gambar sebegini dibawah kategori newsworthy / editorial. Nak pergi dekat pun susah, apatah lagi nak mintak sign. Kena sign buku lima atas muka boleh.
- Walaupun kita sudah bayar kepada model, masih lagi belum cukup untuk menjadikan imej yang dirakam adalah milik kita sepenuhnya (Copyright).
- Bagi menjadikan copyright adalah milik kita sepenuhnya. Pastikan model mengisi borang Model Release.
- Terdapat 3 jenis model release yang biasa diperlukan.
- Model Release – Untuk model release yang berumur lebih daripada 18 tahun
- Minor Release – Untuk model yang berumur kurang daripada 18 tahun. Biasanya ibubapa atau penjaga yang akan mengesahkan borang ini.
- Property Release – Untuk bangunan / harta (property) yang memerlukan pengesahan.
- Terdapat juga agency yang menyediakan satu borang sahaja sama ada model/minor release. Jadi memudahkan kerja kita tak perlu nak print 2 form. Sebagai contoh Getty Images menggunakan 1 form sahaja.
- Setiap agensi mempunyai borang model release yang berbeza-beza.
- Kita juga moleh modifikasi model release daripada agensi sedia ada dan menghasilkan satu model release yang generic / umum supaya kita boleh gunakan untuk semua atau kebanyakan agensi. Takkanlah kita nak submit ke Shutterstock borang lain, Fotolia borang lain, 123rf borang lain. Haish, kalau ada 10 model? kalau 100 model? Tak ambil gambar la jawabnya!
- Contoh Model/Minor/Property Release
pass
Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
- Shutterstock.com merupakan antara agency microstock yang mempunyai pasaran yang paling aktif. Setiap hari ramai pembeli membeli gambar di Shutterstock.com
- Seperti yang anda tahu, untuk menjadi contributor di Shutterstock.com, anda perlu menghantar 10 keping gambar/karya pertama terbaik.
- Jika lulus 7/10 keping daripadanya. Anda layak untuk menjadi contributornya, dan boleh mula menghantar gambar seterusnya. Jika tidak, anda perlu menghantar semula karya baru untuk dinilai selepas 30 hari!!!
- Antara tips penting dalam menghantar 10 keping karya berkenaan:
- Pastikan karya yang dihantar adalah berlainan kategori. Tidak semua gambar potret atau tidak semua gambar lanskap. Lagi bagus jika berbeza-beza kategori sebagai contoh Potret, Lanskap, Still Life, Journalism, Sports, Religous, Architecture, Technology, Outdoor Activity, Picnic, Parenting dan lain2.
[Read more…] about Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
- Pastikan karya yang dihantar adalah berlainan kategori. Tidak semua gambar potret atau tidak semua gambar lanskap. Lagi bagus jika berbeza-beza kategori sebagai contoh Potret, Lanskap, Still Life, Journalism, Sports, Religous, Architecture, Technology, Outdoor Activity, Picnic, Parenting dan lain2.