Hari ni aku melayan kanak-kanak riang mandi sungai. Kalau nak cerita bab sungai di Pahang ni banyak sangat la sungainya. Kalau ada peluang aku buat coverage next post insyaAllah. Jadi kita spesifik sikit lah, kalau sungai yang berhampiran Kuantan, pun banyak juga sungainya. Antara yang famous amos adalah Sungai Pandan dimana terletaknya Air Terjun Pandan, dan Sungai Berkelah dimana terletaknya Air Terjun Berkelah, Air Terjun Jerangkang, Air Terjun Pelangi, Sungai Jin dan lain-lain. Eh, aku ni cerita pasal sungai ke air terjun? Alah, boleh lah! Jadi entry kali ni adalah sungai yang terletak berhampiran dengan Sungai Lembing, iaitu Pasir Kubur, sebab lokasinya dekat dengan kubur. Serious beb. Tapi sebenarnya lalu je kubur. Bukan betul-betul sebelah kubur. Tak jadi mandi nanti.
So kalau dari Kuantan nak ke sungai ni, ambil masa setengah jam juga. Apa kelebihan sungai ni? Pertamanya sebab boleh parking betul-betul sebelah sungai, jalannya landai berbatu memudahkan untuk parking kereta berdekatan. Selain itu kawasannya juga luas membolehkan kita cari port masing-masing. Mungkin masih ramai tak tahu tempat ni. Sungainya pun landai, nak kata airnya deras tidak juga, sangat sesuai untuk semua golongan umur, baik dewasa dan kanak-kanak. Maknanya, sangat sesuai untuk datang sekeluarga.
Dari segi facility memang failed sikit, takde apa boleh pakai. Nak buang air agak bermasalah, especially air besar lah. Air kecil boleh “cover line” selam ajelah hahaha. Kawasan memang takde pokok-pokok, jadi kalau nak tukar pakaian, better siap-siap lah, atau boleh bawa kemah sendiri. Just sekadar ada untuk tukar pakaian. Memang tempat ni tiada facility langsung, so better bawalah bekal siap-siap sebelum sampai atau boleh beli siap-siap sebelum sampai ke sini.
Untuk sampai ke Pasir Kubor ni perlu cross jambatan(jambatan besar dont worry). Berhampiran jambatan ada sebuah gerai Mee Jawa yang famous amos juga, iaitu Warung Mee Jawa Pok Yeh. So boleh singgah dulu untuk beli apa-apa sebelum masuk. Jangan lupa try Mee Jawa dia, last time try mmg osem!!! Kali ni tak sempat nak singgah insyaAllah next time aku review sket!
So aku rasa takat ni jela aku sembang tentang sungai Pasir Kubur ni. Luangkan masa jenguk snap shot dalam galeri di bawah ya! Thanks!
[ngg_images source=”galleries” container_ids=”3″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”0″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”75″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”35″ number_of_columns=”0″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”1″ slideshow_link_text=”[Show as slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”500″]