Dah tua-tua ni kuat pulak minum kopi. Dulu selalu minum Nescafe. Tapi disebabkan Nescafe ni nak sedap kena guna susu pekat manis, terpaksa cari alternatif lain. Mencari kopi acah-acah diet gitu. Kopi 2 in 1, serbuk kopi dan krimer sahaja. Nescafe pun ada kopi 2 in 1 iaitu Nescafe Zero, nescafe dan krimer sahaja, takde gula. Biasanya aku campur stevia. Since Nescafe Zero ni payah nak dapat stok di Kuantan. So terpaksa tukar ke kopi Essenso. Bila dah jumpa Essenso ni, tak minum dah Nescafe.