Super sharp.
99% Accurate WB.
Super ISO.
Terbaekkkkk. Itulah yang aku nak sebut pasal Nex5n ni. Actually aku memang sedang mencari sebuah travel camera yang kecil, compact yang mudah diusung kemana-mana. DSLR juga sesuai, tetapi saiznya terlalu besar, dan berat menjadikan ia satu beban pula bila nak kemana-mana. DSLR juga menyebabkan kita kelihatan “PRO” atau terlalu sirius dimana ada sesetengah keadaan kita mahu kelihatan “Newbie” atau hobby photographer. Lebih2 lagi jika kita ada intention untuk membawa masuk kamera ini ketempat2 sulit seperti sesetengah pasaraya ekslusif, bangunan komersil atau kilang2 industri yang tidak membenarkan kamera besar gabak seperti DSLR.
APSC, atau Advanced Photo System type-C (APS-C) merupakan teknologi sensor yang digunapakai oleh Nex5n ini. Saiznya hampir sama besar dengan sensor yang digunakan oleh sesetengah Nikon DSLR yang menyebabkan Nex5n ini lebih menonjol berbanding kompetitornya Nikon 1 atau Panasonic GF3. Selain itu kawalan ISOnya juga sangat baik, dengan ISO setinggi 6400, output yang terhasil masih menunjukkan detail yang masih jelas.
Dengan menggunakan adapter ring, kamera ini membolehkan lense2 lain digunakan bersama Nex5n ini. Ini memberi kelebihan kepada pengguna2 DSLR yang mempunya koleksi lense seperti Nikon atau Canon untuk menggunakannya bersama Nex5n ini. Cuma kita kehilangan autofocust lah, namun ia tidak menjadi masalah kerana Sony memperkenalkan satu fungsi dipanggil Peeking yang sangat membantu dalam manual focusing.
Namun, kelemahan ketara Nex5n ini adalah Hot Shoe. Yerp, Nex5n ni takde hot shoe. So bila takde hot shoe maka tak boleh nak pasang remote trigger bagi kegunaan studio photography. Memang boleh guna optical light sensor, tapi tak lah best seperti menggunakan trigger. Selain tu, maximum speed dia 1/4000 jer, ok lah. Bracketing pom 3 exposure jer. Lain2 belom explore abis lagi.
Aku ni nak borak lebih2 pasal teknikal ni malas lah, janji boleh hasil gambo berkualiti sudaaaa….. ok? Berikut adalah testimonial aku on Sony Nex-5n dengan Nikkor lense dan juga Sony lense. Harap dapat membantu.
Sony Nex-5n with Nikkor 35mm F1.8 G from Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin on Vimeo.