Jikalau korang tiba-tiba datang mengidam nak makan nasi ayam di Kuantan, silalah jemput datang ke nasiayampapa di Bandar Indera Mahkota Kuantan.
Ia terletak berhampiran Burger King dan Restoran Vanggey, sebaris dengan pejabat SSM yang baru.
Pertama kali aku datang sini, selepas beberapa kali terbaca posting rakan-rakan facebook yang telah pun sampai kemari.
Tempatnya terbuka, namun selesa walau pun dalam keadaan cuaca panas terik. Parking kenderaan juga tiada masalah. Kebersihan kedai memang tip-top, cuma bila korang datang berjemaah mungkin akan menghadapi masalah sikit nak kena susun meja.
Menu utama disini sudah tentulah nasi ayam hainan. Pada pandangan aku sekeluarga memang sedap, boleh kata sebaris dengan Chicken Rice Shop. Sepanjang berada kat situ pun, memang orang tak putus keluar masuk. Servis bagus, harga juga berpatutan. Confirm boleh repeat lagi.
So kalau korang mencari lokasi untuk lunch boleh lah datang sini cuba.
P/s: Tiba-tiba aku teringat Nasi Ayam Aida’s. Feymes juga tu di Kuantan. InsyaAllah ada kesempatan next time pulak lahhh…