Bila bercerita tentang nasi kandar ni benchmark aku mungkin sama seperti ramai yang lain mestilah Nasi Kandar di negeri-negeri belah utara la.
Antara yang pernah aku try Nasi Kandar Deen Maju, Nasi Kandar Beratur dan Nasi Kandar Line Clear. Fuhhh belum apa-apa dah kecur air liur. Ni kira nama-nama hebat yang aku ingat pernah pergi.
Jadi bila dah benchmark tu tinggi memang expectation tu tinggilah. Aku rasa dah banyak dah percubaan try buat nasi kandar di Kuantan ni. Tolak tepilah pengusaha dari luar seperti Vanggey yang dah establish tu hahaha. Kebanyakannnya tak berjaya mungkin disebabkan rasa yang tidak sampai standard, kurang promosi atau faktor-faktor lain. Sebab aku ada lihat beberapa pengusaha lokal yang ada potensi, tetapi mungkin lokasi kurang sesuai dan promosi kurang menyebabkan mereka kurang mendapat sambutan.
Tapi setelah sekian lama, baru ni aku try Nasi Kandar Reno selepas dapat recommendation daripada kawan-kawan. Aku tak pasti bila diorang ni start, tapi disebabkan review bagus aku pun cubalah baru ni selepas keluar kurungan PKP baru ni.
So apa komen aku? Not bad. Seriously not bad. Memang boleh repeat.
Antara lauk yang ada telur masin, ayam goreng rempah, sotong masak merah dan kari kambing dan kari kepala ikan. Sayur pulak bendi rebus dan kobis tumis. Nak korang tengokla sendiri gambar aku snap ni. Rasanya memang padu, satu keluarga suka!
So esok lusa bolehlah cuba nasi kandar diorang ni macam mana rasa ya! Owh korang boleh try grabfood juga untuk order!