Korang pengguna sistem eperolehan? Sistem eperolehan merupakan sistem elektronik yang memudahkan aktiviti perolehan kerajaan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan. ePerolehan ini adalah cara terkini untuk sebarang urusan projek pembekalan dan perkhidmatan dengan kerajaan.
Secara umumnya banyak juga improvement sistem eperolehan ini sejak tahun ini. Walaupun masih banyak kelemahan yang boleh diperbaiki contohnya takde pejabat ePerolehan di Kuantan!!!, still pada aku boleh lah nak bagi sedikit pujian sistem ini sudah mula menampakkan keberkesanannya. Aku dah lama ada akaun ePerolehan ini, tetapi disamping nak menggunakannya agak leceh dan memerlukan dongle yang cepat rosak, sistem ini juga tidak digunakan oleh majoriti badan2 kerajaan pusat dan juga negeri.
Ini menjadikan sistem ini diketepikan oleh para kontraktor dan vendor. Aku rasa since syarikat aku ditubuhkan 2010, dah ada eperolehan. Tapi 2018 baru betul-betul digunakan. Bayangkan.
Berikut antara improvement yang aku nampak tentang sistem ePerolehan sekarang.
KATALOG PRODUK
Nak update katalog pun pada aku lebih mudah. Banyak improve dalam UI/UX. Walaupun mula2 tu pening juga, apa dia product, apa dia extension… tapi bila call support setakat ni ada org jawab. Senang la sikit.
STATUS PROGRESS / DOKUMEN
Untuk semakan status document, invois, do dan sebagainya pun boleh dlakukan dalam sistem ePerolehan. Aku tak pasti la dulu macam-mana. Tapi sekarang ni dah boleh tracking dokumen tu online je. Kalau tengok tak clear boleh terus call jabatan berkenaan follow up.
SEBUTHARGA
Apabila dapat jemputan sebutharga dalam sistem ePerolehan. Kita hanya perlu mengisi dokumen2 secara online dan upload dokumen2 lain yang diperlukan juga secara online. Almost semuanya secara atas talian. Tak perlu lagi nak kena pos dan sebagainya. Amat mudah.
SUPPORT
Support alhamdulillah, by phone call dan email. Boleh lah, walaupun sometimes payah nak dapat. But boleh diterima lagi. Banyak lah improvementnya. Serious.
PENGUATKUASAAN
Ini paling penting. Aku rasa tahun ni memang MOF betul2 kuatkuasakan penggunaan ePerolehan ini. Walau pun masih tidak sepenuhnya, tapi nampak banyak projek2 yang dah mula keluar dalam sistem. Almost every week akan ada request sebutharga. Alhamdulillah.
Namun, seperti aku kata tadi masih banyak kelemahan disana sini. Harapannya agar sistem ini dapat improve dari masa ke semasa.
Tahniah ePerolehan & MOF! All the best!