Minggu lepas aku bergegas ke Jabatan Imigresen Kuantan untuk renew passport aku yang akan expired by October 2010 this year. Gara2 adik aku wat call suh standby sebab nenek aku kat Bedok, Singapore, dimaklumkan terlalu uzur selepas patah kaki jatuh toilet sebulan lepas memang ketor kepala jugak la. Beb, aku balik singapore setahun tu 2,3 kali la. Tapi Kebelakangan ni raya baru aku balik. Walaupun dia dah ingat2 lupa, tapi aku ingat dia. At least sempat aku mintak maaf apa patut sepanjang aku kecik2 dulu, kot aku ada rembat duit raya ke ape ke…
Walaupun passport aku akan expired by oktober 2010, tapi imigresen telah menetapkan syarat bahawa kita tidak dibenarkan keluar negara dalam tempoh 6 bulan sebelum passport expired. Itu yang menyebabkan aku gabra giler, padahal baru je jejak opis, terus cabut ambil passport kat rumah dan ke pejabat imigresen di IM. Aku sekadar sempat submit borang sahaja untuk renew sebab dah lewat, terpaksa ambil passport esok harinya.
Pagi2 aku sampai kat Imigresen, ramai beno pejuang2 negara kita sedang menunggu untuk membuat passport. Aku tak tau lah ni kontinjen mana, tapi memang penuh lah dengan pakaian seragam hijau sekitar pejabat imigresen tu.
Tapi dalam ramai2 pakaian seragam tu aku ternampak kelibat seseorang yang pernah aku kenal atau sekurang2nya aku cam. Aku pasti aku pernah nampak dia masa aku kat skudai dulu.
Selamber aku tegur, betulka orang nya pernah di skudai dulu. Its true and her name is Siti Aminah. Ex coursemate aku masa kat UTM Skudai. Kalau tgk orgnya, aku memang tak saspek dia ni join tentera.
Aku: Sejak bila pulak ko masuk askar ni?
SA: Kita habis belajar aku terus apply. Aku rasa dah rezeki kat sini.
Aku: Ko dulu PALAPES ke? Or ATMA?
SA: Tak, aku memang apply kerja.
PALAPES adalah singkatan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan, aku rasa hampir setiap universiti ada. Macam aku kat utm skudai dulu ada pasukan ni. FOC, dia akan kasi semua uniform, ada latihan dan sebagainya. Secara jelasnya memang program PALAPES ni lebih baik daripada PLKN, kerana rata-rata yang masuk memang berminat untuk berkhidmat kepada negara. Program ni just sambilan. Aktiviti pada hari2 tertentu sahaja. Waktu kuliah ko bebas berpakaian biasa.
ATMA pulak sedikit berbeza, kena apply dari awal kalau tak silap. Kalau sukses ko memang akan dapat pangkat Leftenan Muda if ko amek degree lah. Sekarang ni aku tak pasti. Pembelajaran kalau aku tak silap sepenuhnya disponsor oleh ATMA, tetapi ko terikat dengan ATMA lah, pergi kuliah pn berpakaian tentera. Kemas gitu. Lepas grad ko akan kerja dengan MOD.
So berbalik pada perbualan tadi. Pada aku memang aku respek pada orang yang masuk badan beruniform ni, at least dari segi tahap disiplin yang tinggi.
Aku: Jadi sekarang ko tinggal habisla apa belajar dulu kat Fakulti Sains Komputer?
SA: Tak lah. Aku sekarang kat bahagian Millitary Communication.
Aku: Perkh! Menarik tul.
Aku: Eh, diorang wat passport ramai2 ni nak pergi mana? Ko nak pergi mana ni?
SA: Oooo kitorang akan dihantar ke Sudan.
Aku: Uiks! Bila?
SA: Oktober ni.
Aku: Untill???
SA: Oktober next year…
Aku: Setahun yek….
Then sampai pada soklan yang biasa pada umur aku.Ketor jugok nak menanya.
Aku: Ko dah kahwin ke?
SA: Dah. Husband aku tentera jugak. Dia kat Lubnan sekarang…
Aku: What? Siyes? Anak?
SA: Kat rumah mak aku.
Aku: Aku kagum. Besar tanggungjawab ko. Besar pengorbanan ko.
Setahun tu bro tinggal anak, tak jumpa suami. How do you think? Kepada SA, suami dan keluarga, moga selamat pergi, selamat pulang dan dirahmati dan dibawah lindungan Allah selalu.
Sepanjang jalan aku mikir, apa tanggungjawab aku dan pengorbanan aku….