Gambar besar http://farm5.static.flickr.com/4125/4847360428_c19647d66f_b.jpg
Salam,
Photo manipulation diatas adalah hasil outing dengan saudara Erwin aka JEBON506. Actually bukan aku yang plan, aku yang join dia outing yang diadakan pagi sabtu minggu lepas. Aku memang tak tido malam tu dok menyiapkan ARTWALL RAJALANUN yang sudah pun beroperasi sekarang. So disebabkan malas tido terus, lagi pun dia mesej aku takde orang lain dah join projek tu, tempat lak leh cakap dekat jugak la, so tak pikir panjang aku join ajer.
Mula-mula mengadap depan pc, puas jugak la fikir camne nak manipulate gambo2 ni. Sebab, aku shoot secara bebas, tanpa menggunakan tripod, maka perspektif bagi setiap photo berubah, lebih2 lagi dari awal lagi, aku takde la merancang untuk create artwork masa tag dengan erwin. Yelah, kepala tengah stone, aku ikut je erwin nak shoot macam mana. Tapi aku bagilah cadangan camne nak shoot, supaya jalan cerita dia simple tapi leh jadi exercise untuk manipulation.
Bila shoot cara bebas, kena la edit satu demi satu. Cropping kena kemas, blending kena kemas, exposure semestinya kena betul. Nasib baik gambar aku cukup untuk create perspektif bagi memudahkan proses manipulasi tu. Kalau shoot pakai tripod, mudah sket, tapi ada leceh jugak. Ko tak leh alih kamera langsung, tapi model2 ko la plak kena disesuaikan dengan angle ko. Tapi itu semua masalah2 kecik je. Sebab masa editing nanti mungkin kerja ko mudah sket berbanding dengan cara shoot cara bebas.
Apa pun, terima kasih pada 3 model motocross tu, en Syahrir, Amli & sorang lagi yang ku tak igt namanya. Korang memang beh dan sporting. Moga kita dapat jumpa lagi utk sesi manipulasi akan datang beb.
p/s: Aku rasa nak up gambar2 original lah… amacam?