Kuantan ni banyak benor lokasi sarapan pagi. Kalau korang mencari tempat sarapan pagi dengan pelbagai pilihan, boleh cuba singgah di Warung Gulai Kawah yang terletak di Jalan Kuantan-Bypass, berdekatan Dewan Paya Besar Dato’ Sri Abdul Manan.
Antara yang aku boleh rekemen adalah roti canai garing dan kuah campur kari dal beserta sambalnya. Fuhhh memang gerenti sedap!
Selain daripada itu laksam dan pulut kuning gulai kari ayamnya juga power. Gerenti tak menyesal kalau bersarapan disini. Ada juga nasi minyak yang already sold out masa aku sampai. Kalau datang lambat sikit boleh lunch terus disini.
Waktu operasi 7.00 pagi sehingga 5.00 petang. Parking pun mudah cuma kalau peak hour boleh tahan penuh juga. Harap bersabar ya!