Kos pembangunan website adalah perkara paling awal biasa ditanya oleh para pelanggan. Ia juga merupakan topik yang sering diperdebatkan dikalangan pembangun website (Web Developer). Biasanya pelanggan akan bertanya tentang harga dulu, walaupun idea tentang website jenis apa semua belum terfikir lagi. Ini menjadikan kesukaran kepada pihak pembangun website untuk memberikan anggaran kos pembangunan website. Umpama nak minta sebutharga buat rumah daripada tukang rumah, tapi takde plan asas rumah, tukang rumah pun garu kepala nak bagi sebutharga. Hehe.
kos buat website
Berapa kos membangunkan sebuah website?
Sebenarnya persoalan tentang kos pembangunan website ni memang tiada penghujung. Sentiasa ada perdebatan sana sini isu harga pembangunan sebuah website dikalangan pembangun website. Kebanyakan pelanggan menganggap kos pembangunan website terlalu mahal tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan. Walhal kerja pembangunan website ini kalau dilakukan ikut SOP yang betul, tersangatlah rumit.
Website Tidak Releven?
Tetapi isu sebenar pada aku bukan tentang harga, isu sebenar adalah ramai usahawan online menganggap website tidak releven masa sekarang. Bila mereka menganggap website tidak releven, sebab itu mereka merasakan harga membangunkan sebuah website adalah mahal, betul tak? Mereka lebih rasa Facebook dan Instagram cukup untuk membantu perniagaan mereka. Begitulah setakat pengalaman aku bersembang dengan usahawan2 yang berdekatan.