Korang ada install tak antivirus dalam komputer or laptop korang? Jangan buat main-main bang. Kalau tak kena takpe, kalau dah kena boleh bawak kemurungan berbulan-bulan.
Baru-baru ni aku dapat job install antivirus sebuah jabatan kerajaan. Total lebih kurang dalam 30 biji PC. Semua dah kena virus baru panggil nak install anti virus. Masalah bila kalau ada file yang dah infected, wassalam aje la silap gaya.
Data Adalah Aset
Tuan-puan, data adalah aset korang, data adalah aset syarikat. Bagi pengguna windows, silalah ambil langkah berhati-hati dengan instal antivirus. Tak payah pikir lama-lama, memang sistem pengoperasian windows senang terdedah kepada virus. Harga Kapersky Antivirus untuk sebuah PC lebih kurang RM70 sahaja untuk setahun. Jauh lagi murah berbanding harga untuk perkhidmatan recovery data yang rosak, atau hilang yang boleh mencecah ratusan malahan ribuan ringgit.
Digital Risk
Lawyer, cikgu, dan phd student antara mereka yang pernah contact aku untuk bantuan recovery data yang disebabkan virus atau corrupted disk. Diorg maklumkan kos untuk recover data kat luar makan ribuan ringgit. Mahal satu hal, high risk pun ye. Especially kalau jenis hard disk corupt. Sesiapa sahaja pengguna data digital, korang ada risiko ini. So jangan percaya pada hardware anda, mereka boleh gagal.
Digital Era
So hati-hati dengan zaman digital ni. Data boleh rosak dan hilang. Kena selalu buat preventive maintenance pc korang ye. Backup pun kena selalu buat. Nanti ada masa aku share camne aku buat untuk backup data-data penting.
Jangan lupa install antivirus ye bang. Heh.