Baru-baru ni aku ada order jumping rope dari CrossRope.com. Ini adalah jumping rope ke 4 yang aku beli. Aku dah test banyak jenis jumping rope sebenarnya, dari jenis yang biasa boleh dapat di kedai sukan, jenis brand china yang boleh beli di lazada, hinggalah yang branded. Semuanya ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.
Kalau korang sedang merancang untuk membeli jumping rope boleh baca tips aku share cara memilih jumping rope disini. Moga bermanfaat.
Berbalik kepada CrossRope, ia adalah satu brand daripada US yang merupakan specialist dalam menghasilkan produk jumping rope. CrossRope bukan sekadar membangunkan jumping rope, malah ia telah menghasilkan satu sistem jumping rope yang lebih inovatif. Sistem jumping rope ini memberikan anda fleksibiliti untuk memilih kabel mengikut berat yang anda mahu. Terdapat kabel dengan berat 1/4 Lb, 1/2 Lb, 1 Lb, 2 Lb, 1 Oz dan 2 Oz, selain pilihan pemegang yang menarik. CrossRope mempercayai lebih berat kabel, lebih memberi kesan. Tetapi tak semudah itu sebenarnya. Setelah aku cuba pertama kali dengan kabel 1/4 Lb, memang cepat lebih dengan hanyunan tak sampai 50 kali. Belum lagi cuba dengan 1 Lb!
Selain itu ia juga mempunyai applikasinya sendiri yang boleh dimuat-turun kedalam telefon pintar korang, dimana ia memberi panduan penggunaan dan membantu melakukan aktiviti jumping rope melalui jadual yang terdapat dalam applikasinya.
Owh sebelum itu aku nak maklum, aku order pakej Starter, yang datang dengan sepasang CrossRope Rugged Handles, dan 2 jenis kabel iaitu 1/4 Lb Agility Rope, dan 1 Lb Intensity Rope.
Kualiti
Dari segi kualiti, boleh bagi 4.5/5 bintang. Buatannya memang kemas dengan ketahanan terjamin. Kabelnya boleh ditukar antara satu dengan yang lain. Klip pada pemegang pun berkualiti dengan bearing yang smooth. Setakat ini dari segi kualiti memang berpuas hati. Cuma pada aku pemegang, CrossRope Rugged Handlles agak besar pada tangan aku. Jadi masa mula-mula pegang tu agak janggal.
Kegunaan
Dari segi penggunaan, pertama kali bila cuba memang terasa agak janggal disebabkan pemegang agak besar pada tangan aku. Selain itu, 1/4 Lb tu memang terasa di bahu! Tapi itulah sistem CrossRope, bukan jenis jumping rope biasa-biasa. Tapi setelah gunakan 2, 3 kali baru rasa lebih ok. Setakat ni tak cuba lagi kabel 1 Lb, tapi dah boleh bayang berat yang perlu ditanggung hahaha!
Berikut adalah gambar-gambar pakej CrossRope yang sampai.
[ngg_images source=”galleries” container_ids=”2″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”0″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”75″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”35″ number_of_columns=”0″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”1″ slideshow_link_text=”[Show as slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”500″]
Downside
Kelemahannya adalah harga. Ia paling mahal berbanding jumping rope lain. Lain-lain tu minor sahaja seperti kabel yang fix dan handle yang mungkin agak sedikit besar. Walaupun panjang kabel fix, CrossRope dah bagi ukuran berdasarkan ketinggian korang ketika nak order, so tak perlu dah nak potong/adjust. Size handle tu juga dah fix, agak besar pada tangan aku. Tapi small matter je bab kabel dan handle tu.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, aku amat berpuas hati dengan sistem CrossRope ni. Dari segi kualiti dan penggunaannya memang terbaik. Ia bukan sekadar jumping rope biasa, ia memberi satu pengalaman dan cabaran baru kepada kaki jumping rope macam aku. So kepada yang betul-betul minat jumping rope memang aku recommend lah beli sistem CrossRope ni! Serious berbaloi!