Baru ni aku mencari kedai servis jam di Kuantan. Lebih tepat, aku mencari pakar servis jam. Sebab rata-rata aku pergi kedai jam, semua sekadar mampu nak tukar bateri. Tapi nak buat servis kasi bersih or lap cermin jam aku depa tak berani buat. Apatah lagi nak tukar cermin. Selain itu tak jumpa kedai yang aku boleh percaya, sebab kebanyakan pekerja kedai jam sekadar kerja, bila tanya sepatah jawab sepatah, jadi bila nak tinggal jam untuk tukar cermin aku tak berani. Sayang jam weh…
So aku pun mula ber whatsapp sana sini, google sana sini. Tak ramai juga yang buat posting dalam blog tentang tempat servis repair jam area Kuantan ni, so aku share la sikit pengalaman tak seberapa ini. Jam aku ni takde la mahal mana, ada la 2, 3 jenis. Jam lama, maka banyak sentimental value. Tu sayang kalau biar macam tu je.
So selepas aku pusing2 area kuantan, aku jumpa beberapa buah kedai jam. Aku singgah, semua tak buat servis. Nak jadi rezeki, aku singgah satu kedai ni Kedai Jam Sistem, depan branch Etiqa Kuantan, aku pun cakap aku nak tukar bateri. Malas nak p kedai lain dah.
So sambil2 tuk aku borak, dia tgk jam aku tu macam masuk air berwap. Dia offer utk tlg cuci. Aku tanya dia, “You boleh buat ke?”. Dia jawab boleh. Then dengan selamba dia pun bukak la satu2…
Dem! Bila dia bukak pin ejas jarum jam tu. Berdebar gila aku hahahaha. Berani betul ni, dia bawak keluar enjin jam. Bersihkan. Dia dia lap semua sampai berkilat.
Terus aku tanya. “Awak macam dah biasa buat. Berapa lama kerja sini?”.
“Saya kat sini baru 5 tahun”, jawabnya.
“Owh dah lama ke buat servis jam?”, tanya aku lagi.
“Dah 10 tahun bang…”, jawab dia.
“Wah, awak mesti dah pakar dah servis jam ni”.
“Takdelah bang, enjin bateri saya dah boleh buat, yang automatik belum lagi. Lg susah.” Jawabnya.
“Bos saya dulu technician jam bonia, dia la ajar sikit2 hehehe…”, sambungnya lagi.
“Huh! Bagus2… rezeki awak dapat belajar kemahiran camni”.
Lepas tu terus aku mintak no fon dia tak cakap banyak dah. Lepas ni aku cakap kat dia mmg aku cari dia je la nak servis jam. Hahaha.
Tu happy punya pasal dapat jumpa pakar jam. Dapat diskaun sikit plak tu. Terus aku balik post kt sini tanda happy. Korg nak servis jam boleh la ke Kedai Jam Sistem ya!