Apa pilihan bahasa yang digunakan untuk menulis blog korang? Bahasa melayu? bahasa inggeris?
Setakat ini aku guna kedua-duanya. Jika menulis berkaitan teknologi, aku prefer guna bahasa inggeris kerana lebih sesuai mengekalkan nama-nama khusus dalam keadaan asalnya. Jika nak translate macam kelakar bunyinya. Masalahnya bila dwibahasa ni, content blog kelihatan rojak, sekejap guna bahasa melayu, sekejap bahasa inggeris. Macam tak professional puna ada.
Sebaliknya jika menggunakan bahasa melayu sepenuhnya ni kita boleh menyumbang banyak hal dalam bahasa melayu. Sehingga ketika ini sebenarnya tidak banyak perkongsian atas talian yang menggunakan bahasa melayu. Especially bahagian teknikal. Mungkin ada, tapi masih jauh ketinggalan. Kebanyakannya sumber yang ada menggunakan bahasa melayu indonesia. Jadi masih banyak ruang dan peluang untuk menyumbang dalam bahasa melayu.
Bahasa inggeris pulak dah banyak sangat.
Boleh cuba. InsyaAllah.