Rupanya ada orang mengidam makan donut daaa. Lebih spesifik, donut bukan sebarang donut, donut dari Sekilau Donat! Hahaha.
Aku pun sebagai peminat tegar donut, baik Big Apple, Dunkin Donut ka, donut kampung ka, asal nama sejenis donut mmg on aje la bila ada orang ajak makan donut ni. Haritu ada try Dofi satu lagi lokal brand donut, tapi tak sempat nak review. InsyaAllah next time kita repeat.
Jadi berbalik kepada Sekilau Donut @ SEDO ni. Ini adalah pertama kali aku sampai ke SEDO ni. Nampak nice jugalah tempatnya bila dah masuk dalam. Daripada luar nampak macam bakery biasa-biasa. Mungkin signboard kat atas tu mengganggu mataku. Tapi tak apa, abaikan semua itu. Dont judge the book by its cover bro!
Seperti namanya, Sekilau Donut atau Sekilau Bakery & Cafe ni terletak di Bukit Sekilau Kuantan. Bersebelahan dengan kedai printing iCetak. Mereka ada sebuah branch lain terletak di Balok. Jadi korang boleh pilihlah mana yang berdekatan.
Kitorang tak sempat nak lepak lama sebab nak kejar asar then nak hantar Danial training bola. So kitorang sekadar takeaway. Macam biasalah, kita serah pada yang ngidam order dulu. Sambil-sambil tu sempat lah aku jadi paparazi snap apa yang patut.
Keseluruhannya pengalaman yang menarik bila datang kesini. Cuma agak sempit juga kalau datang ramai-ramai. Untuk couple no problem. Kalau takeaway pun ok, servis pantas. Kedai very presentable. Belum makan lagi boleh kata dah win.
.
.
…~ Selepas test ~…
Review aku sekeluarga. Honestly sedap weh! Boleh beat Big A ni. Roti lembut gilak, gebu abis! Toppingnya juga sedap, manis yang sedap. Bukan manis gula semata. Rasa coklat ka, kacang ka, cheese ka, ngam! Seriously terbaik! ???
Tahniah SEDO! Recommended!