Bulan september ni roadtax aku mati. Aku try contact member aku yang buat servis general insurance. Malangnya dia tak buat Etiqa Takaful. Entah kenapa aku nak buat sangat dengan Etiqa Takaful. Mungkin last year, baru lepas renew insuran 2, 3 hari, cermin depan kereta aku crack. Terus claim dan tukar cermin tu. Tengok macam mudah je, thats why agaknya aku selesa kot dengan Etiqa Takaful. Buat masa ini lah, next time tak sure lagi.
So disebabkan malas nak cari orang lain buatkan, so aku try buat sendiri. First time la ni buat sendiri. Tapi not bad la, takde la susah mana pun. Renew insurance dan roadtax semua ambil masa tak sampai 2 jam. Aku espect lama la, kot la ramai orang buat ke.
Insuran
So sesiapa nak buat sendiri, korang sediakan salinan geran atau cover note lama korang, bawak je ke branch Etiqa. Jangan lupa bawak cash siap-siap, tak pun baru ni aku bayar guna debit kad je. Nanti, dia akan kirakan berapa insuran korang. Kalau nak cover cermin keliling dan servis towing extra KM sila maklum so dia boleh kirakan sekali. Towing extra tu sekarang dah unlimited kilometer, then come with life insurance untuk semua 7 penumpang(since kereta aku 7 seater) dengan tambah RM90. Tak sampai 30 minit, masa tu jugak dia akan siapkan secara online. Selepas buat bayaran dia akan printkan cover note dan serahkan pada korang.
RoadTax
So selepas siap cover note insuran, boleh terus bawa ke JPJ atau pejabat pos berdekatan untuk buat roadtax. Aku buat di UTC Kuantan. Kalau boleh buat masa waktu bekerja kurang orang, kalau buat time malam memang ramai. So masa aku sampai di JPJ UTC, que number aku org 3 camtu. Memang cepat la setel. Just bagi ic dan cover note, tup tap siap! Bayar!
Apa kelebihan renew Roadtax dan Insurance sendiri?
Diskaun 10% daripada harga biasa. Sebab biasanya upah pi kat agent. Kalau ada masa boleh lah buat sendiri.
So gitulah sharing kali ni. Sekian.