WordPress akan berubah.
Sebenarnya WordPress sentiasa berubah. Sentiasa ada patches update. Hehehe. Tapi kali ni perubahan lebih besar.
WordPress Gutenberg
Aku ada perasan dalam 2,3 bulan lepas ada keluar notice pada dashboard berkaitan plugin Gutenberg. Tapi baru 2,3 hari lepas baru ada masa nak godek-godek apa dia WordPress Gutenberg ni. Nampak macam wordpress dah ada new content editor menggantikan yang lama. Menarik juga kalau dah tak perlu nak sign up Divi atau Elementor. Tak perlu susah-susah reload, semua terus edit on the spot.
Menariknya selepas google sana-sini, rupa-rupanya bukan takat content editor sahaja. Bukan setakat plugin Guternberg, malah lebih besar dari itu. Banyak dah debate sana-sini berkaitan innovasi oleh WordPress. Kita tunggu jela nanti WordPress 5.0 macam mana.
Untuk maklumat lanjut visit https://wordpress.org/gutenberg/ .
WordPress API
Aku sebenarnya tertarik dengan perkembangan WordPress API. Sebelum ni pernah buat API sendiri dengan laravel dan guna vue atau angular as front end. Disebabkan API ni, WordPress boleh diapplikasi lebih jauh daripada yang fungsinya sekarang contohnya ia boleh jadi backend untuk mobile apps. So kalau korang buat website guna WordPress, insyaAllah boleh terus buat mobile apps. Kalau kita lihat dengan adanya Gutenberg ni memang jelas WordPress dah kearah Single Page Application jugak seperti applikasi yang berasaskan restful API yang lain. Kalau compare dengan Wix, memang wordpress ketinggalan. Sebab itu WordPress.com yang baru dah ada admin dashboard baru yang bernama Calypso. Boleh lihat sini https://developer.wordpress.com/calypso/. Serious ohsemmmmmmm!
Ada gaya teknologi react? Yerp WordPress pilih React.
Custom Post Types
Ini pun satu part lain yang aku tak kesempatan nak explore lagi. Dah lama wujud, tapi belum betul-betul dapat utilize lagi. Sebab setakat ni kebanyakan customer sekadar guna fungsi asas WordPress dah mencukupi. Tetapi dengan adanya Custom Post Types kita boleh extend wordpress bukan sekadar posts dan pages, kita boleh tambah products, locations dan pelbagai lagi jenis post types.
Aku ada nampak beberapa plugin yang bagus untuk digunakan. Tapi tak pernah cuba lagi. Then, aku pulak lebih suka code sendiri so mudah nak custom ikut kehendak dan keperluan customer.
Akhiran
Kesimpulannya, kepada pengguna wordpress dah kena mula bersedia untuk alert dan absorb perubahan baru WordPress. Mungkin kena belajar perkara baru juga. Kepada yang dah biasa dengan Rest API, SPA aku rasa tak terasa sangat la. Apa pun diharapkan WordPress tak berpecah macam Joomla & Mambo. WordPress kekal yang satuuu! Bye