Kalau nak diet, jangan singgah Kuantan. Jahanam diet. Hahaha. Terlalu banyak pilihan tempat makan best-best. Dari sarapan pagi sampai ke makan malam.
Hari ni aku nak kongsi 7 lokasi terbaik nasi dagang di Kuantan. Walau pun Nasi Dagang dikatakan berasal dari Terengganu dan Kelantan, Pahang juga ada Nasi Dagang sedap tau!
Cuma aku nak pesan, mostly tempat ni boleh tahan ramai, jadi kena bersabar ya!
1. De’Aisyah Kitchen (Jalan Kuantan-Bypass)
Kalau singgah De’Aisyah Kitchen ni ada banyak pilihan. Nasi, lempeng, mee, roti jala, dan pelbagai kuih muih boleh didapati di sini. Boleh termenung juga nak buat pilihan nak makan apa, memang rasa nak cuba semua. So nasi dagang disediakan oleh Kemira, yang juga terkenal dengan Nasi Kerabu Kemira yang juga ada dijual disini.
https://www.visitpahang.my/listing/deaisyah-kitchen/
2. Cafe Di Hujung Landasan (Jalan Gambang)
Di sini juga terdapat Nasi Dagang yang disediakan oleh Kemira. Selain itu juga ada pelbagai pilihan sarapan pagi. Memang sesuai untuk bawa keluarga.
https://www.visitpahang.my/listing/cafe-hujung-landasan/
3. Nasi Dagang Ubai (Jalan Kuantan-Pekan)
Ok, Nasi Dagang Ubai ni dalam kategori “Lejen”. Tak perlu diperkenalkan lagi, dah beroperasi berpuluh tahun, dari kedai kayu sampai kedai batu. Kalau sebut Nasi Dagang di Kuantan, ramai akan teringat Nasi Dagang Ubai yang terletak di jalan Kuantan-Pekan. Jauh sikit tapi berbaloi-baloi. Ramai cyclist dari kuantan check point kat sini sekarang ni. Kalau korang kaki kayuh, boleh cuba route Kuantan-Pekan ni!
https://www.visitpahang.my/listing/nasi-dagang-ubai-restaurant-restoran-nasi-dagang-ubai/
4. Nasi Minyak Warisan Eda Yasin (Taman Gelora)
Restoran Eda Yasin ni memang “faymes” dengan nasi minyak warisan turun temurun, tetapi ada juga nasi dagang yang tak kurang power! Kena try jugak cek mek molek dia sekali weh. Koi kabo awal-awal! Sedak!
https://www.visitpahang.my/listing/nasi-minyak-warisan-eda-yasin/
5. Restoran Selera Padang (Jalan Mahkota)
Haaa, Restoran Selera Padang ni pun antara kedai “Lejen” di Kuantan. Sudah berpuluh tahun beroperasi. Kalau korang mencari lempeng, sini jga adalah salah satu lokasinya.
https://www.visitpahang.my/listing/restoran-selera-padang/
6. Norda Tomyam (Tanjung Api)
Sebelum sampai di sini pastikan korang dah set dalam fikiran nak makan Nasi Dagang, kalau tidak confirm boleh berubah fikiran nak cuba nasi berlauk pula bila melihat pelbagai pilihan lauk yang ada disini.
https://www.visitpahang.my/listing/norda-tomyam/
7. Kedai Makan KNF Fateen (Jalan Beserah)
Kalau korang menghala ke Beserah, korang boleh singgah di kedai makan KNF Fateen. Boleh tahan ramai juga ni, selain ada Nasi Dagang, ada juga Nasi Kerabu, Nasi Lemak dan Nasi Berlauk termasuklah pelbagai kuih-muih. Roti canai sarang burung pun ado!
https://www.visitpahang.my/listing/knf-fateen-restaurant-kedai-makan-knf-fateen/
Jadi begitulah 7 lokasi Nasi Dagang terbaik di Kuantan. Apa komen korang? Kalau ada tempat lain yang best bolehlah tinggalkan komen di bawah. Nanti lain kali boleh aku cuba!