Ok baru ni ada satu hari tu aku ternampak orang post gambar di facebook melawat Gajah di Kuala Gandah. Entah mimpi apa, aku terus buat adhoc family short trip ke Kuala Gandah esoknya kebetulan esoknya cuti dan takda apa-apa plan lagi.
Jadi untuk ke Kuala Gandah ni mengambil masa 2 jam lebih. Jadi untuk trip begini, biasanya aku akan buat carian tempat-tempat lain yang boleh dilawati yang berdekatan disana, barulah berbaloi-baloi kos yang keluar kan?
So trip kali ini sesuai untuk mereka yang tak tahu nak kemana atau nak bawa sedara mara yang jarang datang ke Pahang, ada bajet sikit untuk travel seperti minyak, tol dan makan-makan. Masa daripada jam 7 pagi sehingga 5 petang. Tapi sure enjoy!
Berikut adalah tentatif kami:
7.00 pagi : Breakfast di Restoran De’Aisyah
– Selain De’aishah korang boleh juga breakfast di Restoran Zaman atau di Restoran Di Hujung Landasan. Restoran ini kalau hari minggu memang ramai pengunjung, jadi kena pastikan dapat datang awal supaya mengikut jadual.
– Visit De’Aisyah Ktchen
8.00 pagi : Driving ke Kuala Gandah
– Korang boleh ikut jalan lama atau highway untuk ke Kuala Gandah.
– Jika ikut Highway, korang akan exit di tol Lanchang.
– Dari kuantan ke lanchang mengmbil masa dalam 2 jam lebih.
– Visit National Elephant Conservation Centre Kuala Gandah
10.00 pagi : National Elephant Conservation Centre Kuala Gandah
– Lokasi pertama adalah Kuala Gandah Elephant Sanctuary. Kenapa lokasi pertama? Kerana waktu operasinya adalah pada jam 10.30 pagi. Jadi sangatlah sesuai dengan masa tiba kita dari Kuantan.
– Fee: Sumbangan / Derma Ikut Kemampuan
– Aktiviti: Melawat Kandang Gajah / Bagi Makan / Persembahan Gajah (Berjadual) / Mandi Gajah (Berjadual)
11.oo pagi : Deerland Park
– Deerland Park ini sebenarnya berada tidak jauh daripada National Elephant Conservation Centre Kuala Gandah. Tempatnya amat menarik terjaga. Dah macam mini zoo! Selain daripada rusa yang jinak, ada macam-macam lagi haiwan lain seperti pelbagai spesis burung, ular dan serangga.
– Fee: RM6/Dewasa, RM4/Kanak-kanak
– Aktiviti: Melawat haiwan dalam taman yang bersih dan tersusun, memberi makan pada rusa dan pelbagai spesies haiwan.
– Visit Deerland Park
1.oo tgh : Makan Tengahari di Temerloh
– Selepas selesai berjalan-jalan tengok gajah dan rusa, ditambah melayan budak-budak yang dah kepenatan time ni sure korang akan kembali lapar. So aktiviti seterusnya adalah makan tengahari! Boleh dah start enjin kereta ke lokasi makan tengahari pula!
– Bandar Temerloh terkenal sebagai bandar Ikan Patin! Kebetulan pula ia berada dalam laluan pulang dari Lanchang ke Kuantan. Perjalanan mengambil masa 30-45 minit. Jadi apa tunggu lagi moh kita ke Temerloh awokme! Gitu!
– Ada banyak pilihan restoran yang menyediakan juadah makan tengahari di Temerloh. Kedudukan juga tidak jauh antara satu sama lain. Jadi aku listkan ajelah mana lokasi yang ada merujuk direktori VisitPahang.my mudah! Cuma masa trip ni kami singgah di gerai Patin Masak Tempoyak Kak Mek Afidah. Sebelah je dengan gerai Pak Usop.
1) Patin Masak Tempoyak Gerai Kak Mek Afidah
2) Patin Tempoyak Pak Usop
3) Kancil Raja Patin
2.30 ptg : Mencari Ikan Patin Segar Di Temerloh
Selepas semua dah kenyang sebenarnya bolehlah nak sambung berjalan lagi kalau sempat. Tapi kami pada trip ni sekadar cari ikan patin fresh untuk bawa balik ke Kuantan. Biasanya kalau korang menyusur sungai Pahang ni insyaAllah jumpa banyak gerai yang jual ikan fresh dari sungai. So kali ni kali cuba Kedai Patin 06.
3.00 ptg : Gerak Balik Ke Kuantan
So begitulah one day trip kitorang dari Kuantan ke Lanchang ke Temerloh. Letih tak payah cakap lah, tetapi semua happy. Alhamdulillah cuaca baik panas terik menjadikan perjalanan lebih mudah. Alhamdulillah. So korang pun boleh try travel plan kitorang ni kalau tiba-tiba blur tak tahu kemana tu. Hehehe.