Sebenarnya persoalan tentang kos pembangunan website ni memang tiada penghujung. Sentiasa ada perdebatan sana sini isu harga pembangunan sebuah website dikalangan pembangun website. Kebanyakan pelanggan menganggap kos pembangunan website terlalu mahal tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan. Walhal kerja pembangunan website ini kalau dilakukan ikut SOP yang betul, tersangatlah rumit.
Website Tidak Releven?
Tetapi isu sebenar pada aku bukan tentang harga, isu sebenar adalah ramai usahawan online menganggap website tidak releven masa sekarang. Bila mereka menganggap website tidak releven, sebab itu mereka merasakan harga membangunkan sebuah website adalah mahal, betul tak? Mereka lebih rasa Facebook dan Instagram cukup untuk membantu perniagaan mereka. Begitulah setakat pengalaman aku bersembang dengan usahawan2 yang berdekatan.